Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    IFAB setuju kekalkan sistem 5 pemain ganti

    DOHA, 14 JUN – Badan Undang-undang Bola sepak hari ini berkata lima pemain gantian akan dikekalkan bagi perlawanan peringkat tertinggi dan pengesan ofsaid semi automatik semakin hampir untuk digunakan di Piala Dunia tahun ini.

    Presiden FIFA, Gianni Infantino berkata bahawa perubahan dalam undang-undang untuk membenarkan lima pemain gantian, yang pertama kali dibenarkan pada 2020 kerana wabak koronavirus, disebabkan oleh ‘beberapa sokongan kuat daripada komuniti bola sepak mengenai perkara tersebut’.

    “Selepas mesyuarat tahunan Lembaga Persatuan Bola sepak Antarabangsa (IFAB), beberapa pakar akan memutuskan untuk menggunakan teknologi pengesan ofsaid jika ia boleh digunakan dalam kejohanan Piala Dunia pada 21 November nanti,” kata Infantino.

    Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FIFA, Pierluigi Collina berkata bahawa dia yakin dengan sistem tersebut akan diperkenalkan dalam perlawanan 32 buah negara itu.

    Sementara itu, beberapa ujian telah dilaksanakan semasa Piala Arab FIFA pada tahun lalu dan Piala Dunia FIFA pada tahun ini.

    Gianni Infantino semasa menghadiri mesyuarat tahunan IFAB di Doha, Qatar. – AFP

    Sistem yang diperkenalkan itu akan memantau maklumat pada anggota badan pemain untuk menghasilkan model yang dapat ditinjau semula oleh pengadil.

    Pengesan tersebut diperkenalkan secara rasmi sebagai ‘semi-automated’, di mana keputusan muktamad mengenai ofsaid itu terletak pada pengadil perlawanan.

    FIFA juga ingin memperkenalkan sistem VAR dengan beberapa kamera yang dapat diguna pakai dalam banyak perlawanan. Pada masa ini, ia hanya digunakan pada perlawanan antarabangsa dan beberapa perlawanan domestik.

    Selain daripada itu, menyediakan lima pemain gantian akan dikekalkan. Menurut kenyataan IFAB bahawa semua pasukan kini boleh menamakan 15 pemain gantian dalam senarai pemain.

    IFAB juga mengongsikan bahawa percubaan bagi pengadil yang dilengkapi dengan kamera akan dimulakan untuk mengelak dari berlakunya serangan yang semakin meningkat dan melindungi pengadil semasa dalam perlawanan rasmi. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...