Saturday, May 10, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ifan Seventeen dan Citra Monica sah bergelar suami isteri

    Vokalis kumpulan Seventeen, Riefian Fajarsyah atau Ifan selamat disatukan dengan kekasihnya yang juga model terkenal Indonesia, Citra Monica.

    Menurut laporan Liputan6, majlis pernikahan itu diadakan secara tertutup namun disiarkan secara langsung di salah satu stesen televisyen negara berkenaan.

    Ifan sah menjadi suami kepada Citra dengan sekali lafaz dihadapan jurunikah, M Lubis di sebuah lokasi di Jakarta Barat, Indonesia.

    Dalam majlis tersebut, Ifan menyerahkan mas kahwin berupa wang tunai AS$3,500 (RM14,500), emas seberat 40 gram, set cincin berlian dan kelengkapan solat. Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada April lalu. Ini merupakan perkahwinan kedua buat Ifan dan Citra.

    Pada 22 Disember 2018, isteri Ifan iaitu Dylan Sahara meninggal dunia dalam bencana tsunami yang melanda Selat Sunda. Tragedi itu juga mengorbankan tiga anggota kumpulan Seventeen yang ketika itu sedang membuat persembahan di pesisir pantai Tanjung Lesung, Banten, Indonesia. – Agensi

    Ifan sah menjadi suami kepada Citra dengan sekali lafaz dihadapan jurunikah, M Lubis di sebuah lokasi di Jakarta Barat, Indonesia. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda