KUALA LUMPUR, 28 Dis – IFCA MSC Bhd melancarkan program pemecut utamanya berjumlah RM10 juta untuk membimbing dan membangunkan syarikat hartanah teknologi tempatan dengan menyediakan pengumpulan dana, rangkaian perniagaan dan program mentor.
Program pemecut IFCA itu merupakan kerjasama dengan teknologi awan Google, kata syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini.
Pada peringkat pertama, program ini akan mengenal pasti 10 syarikat dalam ruang hartanah teknologi dan membimbing mereka untuk mencapai skala global.
Ketua Pegawai Eksekutif IFCA MSC Bhd, Michael Cho, berkata hartanah teknologi boleh mentakrifkan semula industri hartanah dan syarikat itu bersedia untuk memajukannya.
“IFCA MSC menyasar untuk menggalakkan inovasi dan pertumbuhan hartanah teknologi di Malaysia dan mengenal pasti idea-idea baru yang dapat kita integrasikan.”
“Dengan rizab tunai yang kukuh berjumlah RM69.6 juta pada Jun 2017, kami bersedia untuk melabur dalam teknologi hartanah teknologi yang boleh mengintegrasikan dan berskala dengan perniagaan dan penyelesaian IFCA MSC. Semua ini akan diterjemahkan ke dalam mewujudkan penyelesaian baru untuk pelanggan kami dan industri dalam jangka panjang,” katanya. – Bernama