BANDAR SERI BEGAWAN, 22 JAN – Mohammad Irfan Az-Ziqri bin Mohd Erwan Shah daripada Pasukan Jakusha Bladers (JB) muncul juara pertandingan Beyblade X 2 on 2 apabila menewaskan Aediesopian bin Haji Ismail daripada Pasukan JB dalam perlawanan akhir Beyblade X anjuran Jakusha Tour yang diadakan di Kampung Lambak.
Sementara itu, tempat ketiga dimenangi Muhammad Nabil bin Amiruddin daripada Pasukan JB setelah menewaskan Muhammad Luqman bin Haji Kamaludin daripada Pasukan SA Bladers (SA), sekali gus menduduki tempat keempat.
Manakala hadiah sagu hati lapan teratas dimenangi oleh Muhammad Nabil bin Amiruddin daripada JB; Paridah binti Ibrahim daripada Undergroundz X (UGX); Pengiran Hasswandy bin Pengiran Haji Abu Bakar daripada UGX; dan Julkarnain bin Haji Husin daripada SA.
Dalam perebutan Liga Jakusha Bladers bagi tahun 2024/2025, Pasukan JB melebarkan jurang dengan memperoleh 209 mata diikuti Pasukan DBos Beys 168 mata, Pasukan SA Bladerz 149 mata dan Pasukan UGX memperoleh 106 mata.
– GAMBAR SERAHAN DBOS BEYS BEYBLADE BRUNEI DARUSSALAM