Sunday, March 16, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    IFRC: 7.6 juta berdepan risiko akibat banjir

    DHAKA, 1 OGOS – Banjir di Bangladesh telah menyebabkan nyawa sejumlah 7.6 juta orang berdepan risiko apabila data rasmi menunjukkan bilangan mangsa yang maut ialah 119 setakat ini, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik kenyataan Persekutuan Antarabangsa Palang Merah dan Persatuan Bulan Sabit Merah (IFRC) semalam.

    Beratus-ratus ribu orang terkandas di bahagian utara dan timur laut negara itu manakala lebih 600,000 rumah telah mengalami kerosakan.

    Orang ramai juga terpaksa hidup dalam keadaan tidak bersih, kekurangan air minuman yang selamat dan tempat perlindungan yang mencukupi, sekali gus meningkatkan kebimbangan berhubung penularan wabak penyakit yang meluas.

    Komuniti terbabit turut melaporkan kekurangan makanan apabila lebih 160,000 hektar tanah ladang musnah, kata IFRC. IFRC telah melancarkan rayuan kecemasan bagi mengumpul hampir 7 juta franc Switzerland (AS$7 juta) untuk membantu Persatuan Bulan Sabit Merah Bangladesh mendekati sejumlah 150,000 orang yang terjejas akibat banjir. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda