Sunday, July 7, 2024
22.6 C
Brunei

    -

    IG Metall tuntut kenaikan gaji 7 peratus bagi pekerja industri

    BERLIN, 18 JUN – Kesatuan pekerja industri terbesar Jerman, IG Metall, mengumumkan kelmarin ia akan menuntut kenaikan gaji sebanyak 7 peratus bagi jutaan pekerja dalam rundingan yang akan bermula akhir tahun ini.

    Kesatuan itu berkata syarikat-syarikat termasuk pengeluar kereta dan pembuat jentera mampu menampung kenaikan tersebut.

    IG Metall menyatakan ia mengesyorkan permintaan kenaikan yang tinggi bagi 3.9 juta pekerja disebabkan ‘harga barangan semasa yang semakin meningkat’.

    Ia berkata pihak syarikat mempunyai buku tempahan yang lengkap dan, walaupun harga tidak lagi meningkat dengan cepat seperti sebelumnya, pembayaran sekali yang dipersetujui dalam penyelesaian terakhir telah terhakis akibat inflasi.

    Dalam rundingan gaji terakhir, IG Metall dan majikan bersetuju pada akhir 2022 dengan kenaikan sebanyak 8.5 peratus selama dua tahun ditambah pembayaran sekali sebanyak kira-kira AS$3,200 setiap seorang, yang bertujuan mengurangkan kesan inflasi yang sangat tinggi. Kerajaan yang ingin menangani kesan kenaikan harga sementara mengelak inflasi tinggi berterusan, berminat untuk mempromosikan pembayaran bebas cukai tersebut.

    IG Metall meminta kenaikan gaji sebanyak 7 peratus dan perjanjian selama satu tahun kali ini. Ia berkata sesetengah syarikat berada dalam situasi yang tidak menentu, tetapi berpendapat hal itu tidak mengurangkan keteguhan keseluruhan industri dan prospek ekonomi yang bertambah baik.

    Di Jerman, urusan hal gaji biasanya diselesaikan dalam rundingan antara organisasi majikan dan kesatuan yang meliputi seluruh sektor, dan perjanjian yang dicapai di satu wilayah biasanya digunakan di seluruh negara. Perjanjian semasa IG Metall dijangka akan tamat pada akhir September.

    Kadar inflasi tahunan Jerman kini berada pada 2.4 peratus pada bulan Mei, turun dari hampir 9 peratus pada awal tahun lepas. – AP

    Kakitangan ahli kesatuan sekerja IG Metall semasa mengadakan protes di hadapan ibu pejabat di Essen, barat Jerman. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sidang Kemuncak SCO alu-alukan keahlian Belarus

    ASTANA, 5 JULAI – Sidang Kemuncak Majlis Ketua-ketua Negara Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) ke-24 yang berakhir kelmarin menyaksikan pencapaian luar biasa, termasuk penerimaan Deklarasi...