Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Iga Swiatek takluk Terbuka Cincinnati

    CINCINNATI, 19 OGOS – Pemain nombor tiga dunia, Iga Swiatek, merangkul gelaran kejohanan Terbuka Cincinnati buat kali pertama selepas menewaskan pemain nombor tujuh, Jasmine Paolini, 7-5, 6-4, semalam.
     
    Swiatek sebelum ini gagal mara melepasi peringkat separuh akhir dalam enam penampilannya di kejohanan Terbuka Cincinnati. Dia layak ke separuh akhir dalam dua tahun kebelakangan ini, namun tewas kepada juara akhirnya, Coco Gauff pada 2023 dan Aryna Sabalenka pada 2024.
     
    “Ia sangat bermakna bagi saya,” kata Swiatek. “Tahun ini saya benar-benar mahukannya. Saya sangat gembira. Seronok akhirnya menambah satu lagi kejohanan dalam senarai yang belum pernah saya menangi. Saya juga ada rakan-rakan di sini. Ia kejohanan yang tenang dan santai sebelum New York.”
     
    Swiatek telah memenangi kesemua enam pertemuannya menentang pemain Itali itu, hanya kehilangan satu set sepanjang perlawanan mereka.
     
    Paolini bermula cemerlang dengan mendahului 3-0 pada set pertama, tetapi Swiatek bangkit sehingga mendahului 5-3. Paolini berjaya mematahkan servis untuk menyamakan kedudukan 5-5, namun Swiatek menutup set pertama dengan kemenangan dalam masa 56 minit.
     
    Jasmine Paolini dan Iga Swiatek bergambar bersama Piala Rookwood selepas perlawanan akhir wanita Terbuka Cincinnati di Pusat Tenis Keluarga Lindner pada 18 Ogos di Mason, Ohio. – AFP
    Ace kelapan Swiatek memberikan kelebihan 5-3 pada set kedua. Paolini sempat mematahkan servis dua kali dan mendekatkan kedudukan kepada 5-4, tetapi Swiatek akhirnya menamatkan perlawanan menerusi servisnya untuk meraih gelaran perseorangan ke-24 dalam kariernya.
     
    “Musim ini bukanlah mudah,” kata Swiatek. “Masih ada banyak perkara yang perlu saya perbaiki. Bukan mudah untuk memenangi kejohanan apabila semua orang meletakkan harapan tinggi.”
     
    Swiatek melakukan tujuh double fault berbanding dua sahaja oleh Paolini. Namun, Swiatek menghasilkan sembilan ace, manakala Paolini tidak berjaya melakukan sebarang ace.
     
    “Ketika berbalas pukulan, saya rasa baik di gelanggang,” kata Paolini. “Bezanya ialah servis. Bila dia perlukan ace, dia memang berjaya lakukan.”
     
    Paolini menjadi wanita Itali pertama mara ke final Cincinnati. Sejak muncul sebagai pemain kelayakan di kejohanan Terbuka Cincinnati 2023, Paolini berjaya mara ke dua final Grand Slam perseorangan, memenangi satu gelaran beregu Grand Slam dan satu pingat emas Olimpik.
     
    “Ia memang kejohanan yang positif untuk saya,” kata Paolini. “Tapi jelas sekali ia masih belum cukup. Saya perlu terus memperbaiki diri.”
     
    Kejohanan Terbuka Cincinnati dianggap sebagai persiapan menjelang Terbuka AS, yang akan bermula Ahad ini di New York. – AP

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Kejohanan boling rai 69 tahun pendidikan ugama formal

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV - Seramai...

    Barca menang bergaya atasi Athletic, rasmikan stadium Camp Nou

    BARCELONA, 23 NOV - Barcelona kembali dengan penuh gemilang...

    Pogba kembali beraksi setelah lebih 2 tahun

    PARIS, 23 NOV- Paul Pogba yang telah lama dinanti-nantikan...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...