Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Iheanacho menyinar dalam Piala Negara-negara Afrika

    YAOUNDE, 12 JAN – Kelechi Iheanacho membayangi rakan bintang Liga Perdana, Mohamed Salah dan Riyad Mahrez kelmarin ketika Nigeria memulakan kempen Piala Negara-negara Afrika dengan kemenangan dan pemegang gelaran juara, Algeria diadakan.

    Penyerang Leicester City itu menjaringkan gol tunggal pada minit ke-30 ketika Nigeria mengatasi Mesir dengan 1-0 dalam pertembungan pasukan kuat kumpulan D di bandar barat laut Garoua.

    Pemenang perlawanan dan prestasi keseluruhan menjadikan Iheanacho dinamkan sebagai pemain terbaik perlawanan kelmarin apabila penjaring prolifik Liverpool, Salah dan pemain sayap Manchester City, Mahrez gagal untuk menyerlah.

    Kapten Salah merasa kecewa di Stade Roumde Adjia dan apabila dia mendapat peluang menjaringkan gol pada separuh masa kedua, tendangannya diselamatkan oleh penjaga gol, Maduka Okoye.

    Ia adalah malam yang agak sunyi untuk penjaga gol Nigeria itu, yang pastinya menjangkakan untuk beraksi lebih kerap menentang rekod juara Afrika tujuh kali tersebut.

    “Kami mempunyai tiga perkara dalam fikiran – menang, kekalkan penguasaan dan memintas hantaran bola kepada Salah,” kata jurulatih sementara Nigeria, Augustine Eguavoen.

    “Setiap perlawanan akan dianggap seperti pusingan akhir kerana setiap pasukan di Cameroon mesti di hormati walaupun menggunakan nama negara itu.”

    Nigeria berjaya selepas pembentukan bermasalah di mana jurulatih Jerman, Gernot Rohr telah dipecat berikutan dengan perlawanan kelayakan Piala dunia yang tidak memberangsangkan dan bekas pemain bintang kebangsaan, Eguavoen mengambil alih sementara. – AFP

    Reaksi Mohamed Salah semasa perlawanan kumpulan D AFCON 2021 di antara Nigeria dan Mesir di Stade Roumde Adjia, Garoua, 11 Januari. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...