Oleh Syahmi Hassan – BANDAR SERI BEGAWAN, 24 NOV – Bagi Ogos 2023, Indeks Harga Pengguna (IHP) tahun-ke-tahun menunjukkan penurunan sebanyak 0.1 peratus berbanding Ogos 2022, demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik (JPES), Kementerian Kewangan dan Ekonomi, kelmarin. Penurunan tersebut didorong oleh penurunan sebanyak 0.6 peratus pada harga bukan makanan.