Friday, November 22, 2024
32.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    IHP Oktober 2024 catat penurunan

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV – Indeks Harga Pengguna (IHP) menunjukkan penurunan sebanyak 0.8 peratus bagi bulan Oktober 2024 berbanding bulan Oktober 2023.

    Ia didorong oleh penurunan sebanyak 0.8 peratus bagi kedua-dua indeks makanan dan minuman ringan; dan indeks bukan makanan dan penurunan bagi indeks makanan dan minuman ringan adalah didorong oleh penurunan harga daging (1.6 peratus), terutama harga makanan daging yang berproses; dan harga sayur-sayuran (3.4 peratus).

    Sementara itu, penurunan indeks bukan makanan adalah terutamanya disebabkan oleh penurunan harga pengangkutan iaitu sebanyak 1.5 peratus, khususnya harga tiket penerbangan.

    Selain itu, harga pakaian dan kasut sebanyak 4.5 peratus turut menyumbang kepada penurunan indeks bukan makanan.

    Bagi perbandingan bulan-ke-bulan, IHP Oktober 2024 menurun sebanyak 0.3 peratus daripada September 2024, berikutan penurunan bagi indeks makanan dan minuman ringan; dan indeks bukan makanan masing-masing sebanyak 0.1 peratus dan 0.3 peratus.

    Penurunan bagi indeks makanan dan minuman ringan adalah terutamanya disumbangkan oleh ikan dan makanan laut (0.4 peratus); dan daging (0.2 peratus), manakala penurunan indeks bukan makanan adalah terutamanya disumbangkan oleh harga pakaian dan kasut (5.8 peratus); dan pengangkutan (0.2 peratus).

    IHP mengukur perubahan harga bakul barangan dan perkhidmatan yang dibayar oleh pengguna dalam satu tempoh masa yang ditetapkan dan dikumpulkan setiap bulan.

    Senarai barangan dan perkhidmatan dalam IHP adalah berdasarkan maklumat perbelanjaan purata sebuah keluarga yang diperoleh melalui Kajian Perbelanjaan Keluarga.

    Laporan penuh IHP bagi bulan Oktober 2024 boleh didapati di laman sesawang JPES melalui https://deps.mofe.gov.bn.

    Rajah menunjukkan IHP bagi Oktober 2024. – GAMBAR SERAHAN JPES
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda