Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    IIAC meterai MoU bina lapangan terbang

    SEOUL, 15 OGOS – Pengendali lapangan terbang utama Korea Selatan hari ini berkata ia telah memeterai satu memorandum persefahaman (MoU) dengan rakan sejawatnya dari Indonesia untuk kerjasama dalam projek-projek pembangunan lapangan terbang di luar negara, lapor agensi berita Yonhap.

    Perbadanan Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon (IIAC) kelmarin telah menandatangani satu perjanjian dengan PT Angkasa Pura 1 (AP1), pengendali 14 lapangan terbang tempatan milik kerajaan, bagi membangunkan lapangan terbang di Indonesia dan menjalin usaha sama dalam memperoleh projek pembangunan lapangan terbang di peringkat global, menurut kenyataan IIAC.

    Indonesia ketika ini mempunyai 186 lapangan terbang namun memerlukan kemudahan lebih banyak bagi memenuhi permintaan perjalanan yang semakin meningkat daripada sejumlah 260 juta penduduknya sendiri dan negara-negara jiran, katanya.

    Satu lagi pengendali lapangan terbang milik negara, PT Angkasa Pura 2, yang menguruskan 16 lapangan terbang manakala baki 156 lapangan terbang dikendalikan oleh syarikat swasta. Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa menjangkakan pengembara udara di Indonesia akan melonjak kepada 350 juta menjelang 2027 dan 660 juta pada 2040 berbanding 210 juta tahun lepas. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda