Wednesday, July 16, 2025
32.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    IITGT memperkenalkan produk baharu pada IIT

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 MEI – Insurans Islam TAIB General Takaful Sdn Bhd (IITGT) telah mengumumkan tambahan satu lagi produk iaitu Takaful Pemilik Rumah Kediaman (HOT) yang kini tersedia dalam aplikasi mudah alih IIT mereka.

    IITGT menyatakan, penambahan itu menandakan pencapaian penting dalam komitmen berterusannya untuk meningkatkan pengalaman pelanggan dan dalam memastikan produk mereka mudah diakses pada setiap masa.

    Penyertaan dalam talian HOT telah dirasmikan di Ibu Pejabat IITGT di Kiulap oleh Penolong Pengarah Urusan, Haji Mohd Yusreza bin Mohd Yussin.

    Pengurus Besar IITGT, Haji Zamrin bin Haji Abdul Ghani dalam ucapan perasmiannya menekankan kepentingan inovasi berterusan dalam syarikat.

    Beliau juga melahirkan rasa terima kasih kepada semua kakitangan dan rakan kongsi atas kerja keras dan komitmen mereka dalam merealisasikan fungsi baharu itu.

    HOT antara lain menyediakan perlindungan yang meluas terhadap kehilangan atau kerosakan pada rumah berbumbung akibat kebakaran, petir, angin, ribut, banjir, kecurian dan letupan domestik. Faedah tambahan yang ditawarkan termasuk penginapan sementara dan kehilangan sewa kepada tuan tanah.

    Pengurus Besar IITGT menyampaikan ucapan pada majlis itu. – GAMBAR SERAHAN IITGT
    Gambar ramai pada majlis perasmian penyertaan HOT dalam aplikasi IIT. – GAMBAR SERAHAN IITGT

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda