Friday, November 15, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ijazah terbanyak dunia milik lelaki berusia 70 tahun

    VELLETRI – Pemegang rekod dunia bagi jumlah ijazah universiti terbanyak adalah Luciano Baietti.

    Dia merupakan warga emas Itali yang berumur 70 tahun. Meskipun dia nampak periang, dia juga merupakan seorang yang tegas. Luciano Baietti tinggal di bandar Velletri di Alban Hills berhampiran Rom.

    Dia menghabiskan masanya di rumah dan tamannya yang kecil. Namun setiap pukul 3 pagi, dia akan mengeluarkan buku textnya dan mula belajar.

    Dia sekarang memegang 15 ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana dari universiti-universiti di Italy dan sudah mula belajar untuk ijazahnya yang ke 16.

    “Dengan membaca buku, saya berasa bebas,” katanya kepada AFP. “Lagipun, dua perkara itu berasal dari kata dasar yang sama,” tambahnya merujuk kepada perkataan Itali libro (buku) dan libero (bebas).

    Baietti berjaya mendapatkan banyak ijazah sambil membuat kerjanya dan menjadi sukarelawan dalam persatuan bulan sabit merah. – AFP
    Baietti berjaya mendapatkan banyak ijazah sambil membuat kerjanya dan menjadi sukarelawan dalam persatuan bulan sabit merah. – AFP
    Sijil-sijil yang tergantung di dinding bilik belajarnya menunjukkan kehebatannya. – AFP
    Sijil-sijil yang tergantung di dinding bilik belajarnya menunjukkan kehebatannya. – AFP

    Sijil-sijil yang tergantung di dinding bilik belajarnya menunjukkan kehebatannya.

    Dia juga menggantung gambar Louis-Francois Bertin, penulis esei Perancis pada abad ke-19 yang katanya memberi pengaruh kepada dirinya.

    Sukakan cabaran

    “Dia merupakan lelaki yang berbudaya dan berpengetahuan,” kata Baietti yang merupakan bekas pengetua sekolah menengah. Baietti telah berjaya menempah nama dalam Guinness Book of Records pada tahun 2002 dengan ijazahnya yang ke 8, iaitu dalam bidang motor skills.

    Pada waktu itu dia telah mempunyai ijazah dalam sosiologi, kesusasteraan, undang-undang, sains politik dan falsafah – kebanyakannya dari universiti La Sapienza, iaitu universiti berprestij di Rom. Ia merupakan satu daripada universiti tertua di dunia.

    Sejak itu, dia telah menambah tujuh lagi ijazah dalam rekodnya termasuklah satu dalam bidang kriminologi, pembelajaran jarak strategi ketenteraan di Turin dan pembelajaran jarak dalam bidang pelancongan dari universiti atas talian di Naples yang dianugerahkan baru-baru ini. “Saya suka memberi cabaran baru kepada diri saya untuk melihat sejauh mana badan dan minda saya boleh melakukannya,” kata Baeitti yang pada mulanya bergelar guru sukan.

    Isterinya yang 30 tahun lebih muda darinya sangat sabar dengannya dan menggambarkan Baietti sebagai seorang yang “lain dari yang lain” dan dikenali di seluruh bandar mereka. Dia berjaya mendapatkan banyak ijazah sambil membuat kerjanya dan menjadi sukarelawan dalam persatuan bulan sabit merah.

    Ijazah pertamanya merupakan Pendidikan Jasmani pada tahun 1872 dan sejak itu dia telah jatuh cinta dengan pelajaran. “Seperti juga acara sukan, ada beberapa teori dalam beberapa modul yang saya suka, yang memberikan saya minat untuk belajar,” katanya lagi.

    Mengejutkan diri

    Ijazah yang paling mencabar adalah yang berkaitan dengan strategi ketenteraan. “Ia di anjurkan bersama oleh kementerian pertahanan dan universiti Turin. Ia juga diuruskan oleh kedua-dua pihak ini dalam perkara-perkara sensitif berkaitan dengan keselamatan nasional. “Kami perlu menghadiri peperiksaan dengan memakai baju seragam,” katanya mengingati sambil menunjukkan pakaian regimen yang bergantung di dalam almarinya.

    Dia juga pernah menemu ramah banduan untuk ijazah sarjananya dalam bidang kriminologi. Ia memberikan kesan yang mendalam kepadanya. “Mendengar cerita mereka, saya kadang kala terkejut dengan diri sendiri; saya percaya dengan hujah-hujah mereka dan saya akan mempertikaikan apa sebenarnya yang betul atau salah. Kemudian saya akan sedar, saya telah lari dari objektif sebenar saya.”

    Baietti sekarang sudah bersedia untuk memulakan lagi pengajian seterusnya, kali ini dalam bidang sains makanan. Sekali lagi, dia akan belajar pada waktu subuh menggunakan lampu tidurnya. “Pada waktu itu, otak lebih berupaya untuk belajar.

    Saya juga akan dapat menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa dengan belajar pada waktu subuh,” katanya dengan senyuman lebar. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda