Tuesday, April 22, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ikan bermata pelik menjadi bualan masyarakat

    SEBUAH kedai ikan di Kuwait baru-baru ini telah ditutup oleh pihak berkuasa selepas didapati bahawa penjual ikan terlihat menampelkan mata plastik pada ikan-ikan yang diniagakan untuk nampak seperti ikan segar.

    Langkah untuk menutup kedai berkenaan telah dilakukan selepas gambar mata plastik yang ‘tertanggal’ dari mata asalnya (berwarna kekuningan itu) telah tular dalam laman Twitter baru-baru ini.

    Walaupun sesetengah pengguna media sosial ada yang begitu marah dengan taktik penipuan penjual ikan itu, namun ada juga yang geli hati dan merasa kagum dengan ‘idea asli’ yang cuba dipaparkan oleh penjual ikan tersebut.

    Ianya bermula apabila pengguna Facebook, Ayman Mat, menyiarkan video pendek dirinya sedang mencuci ikan dan menanggalkan mata plastik pada ikan itu. Ianya telah dikongsikan beribu-ribu kali dan menerima banyak komen lucu, tetapi Kementerian Perdagangan Kuwait memandang serius terhadap isu ini dan terus menutup kedai ikan yang dimaksudkan itu.

    Tetapi itu tidak menghalang orang ramai untuk terus mengejek taktik penjualan pelik itu.

    “Ianya sungguh memalukan sekali dan merupakan taktik amalan perniagaan yang buruk dan kasar, namun saya tidak dapat menahan ketawa pada masa yang sama. Adakah mereka ini benar-benar menyangka bahawa orang tidak menyedarinya?” kata salah seorang di laman Twitter.

    “Kenapa awak membuat kekecohan besar ini? Ikan itu mempunyai penglihatan yang lemah; itu saja,” kata salah seorang penulis lainnya.

    Kedai-kedai ikan lain di Kuwait juga telah dijadikan sebagai bahan jenaka, menyiarkan iklan lucu di media sosial, seperti ‘ikan segar tanpa tambahan kosmetik’ dan ‘ikan tanpa kanta berwarna’. – Agensi

    Walaupun sesetengah pengguna media sosial ada yang begitu marah dengan taktik penipuan penjual ikan itu, namun ada juga yang geli hati dan merasa kagum dengan ‘idea asli’ yang cuba dipaparkan oleh penjual ikan tersebut. – Agensi
    Ianya bermula apabila pengguna Facebook, Ayman Mat, menyiarkan video pendek dirinya sedang mencuci ikan dan menanggalkan mata plastik pada ikan itu. Ianya telah dikongsikan beribu-ribu kali dan menerima banyak komen lucu, tetapi Kementerian Perdagangan Kuwait memandang serius terhadap isu ini dan terus menutup kedai ikan yang dimaksudkan itu. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda