Wednesday, August 28, 2024
32.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ikan buntal dari Jepun selamat dimakan

    KUALA LUMPUR, 9 JULAI – Selamat bagi rakyat Malaysia untuk makan ikan buntal dari Jepun kerana peraturan keselamatan negara itu yang teliti dan ketat dalam aspek pemprosesan dan pengeskportan produk ikan tersebut, sekali gus menjadikan ia sajian makanan laut yang selamat.

    Individu yang menggemari hidangan ini seharusnya mengetahui bahawa di Jepun, hanya ikan buntal atau fugu yang diproses mengikut peraturan keselamatan ketat boleh diedarkan dan dieksport.

    Ikan buntal Jepun diedar dan dieksport dari negara Matahari Terbit itu termasuk ke Malaysia, Singapura, Amerika Syarikat, Australia dan Rusia, demikian menurut wakil Persatuan Fugu Antarabangsa Jepun, Furukawa Yukihiro, kepada Bernama hari ini.

    Kenyataan beliau mengenai ikan buntal dari Jepun selamat untuk dimakan ini berikutan rakyat Malaysia mungkin mengelak memilih ikan buntal susulan insiden dua warga emas dari Kluang yang meninggal dunia pada Mac lepas selepas makan hidangan ikan
    buntal.

    Difahamkan, pasangan itu telah makan masakan berasaskan ikan buntal didakwa dibeli secara prapesanan daripada penjual tempatan.

    Dilaporkan terdapat kira-kira 440 spesies ikan buntal di lautan dan sungai di dunia, tetapi ikan buntal kuning (Lagocephalus lunaris) yang biasa ditangkap di perairan sekitar Malaysia adalah ikan yang sangat beracun. Bahagian ototnya juga beracun dan oleh itu ia bahaya untuk dimakan.

    Di Jepun, berikutan langkah keselamatan penggunaan ikan buntal atau fugu, rakyat Jepun menikmati kira-kira 10,000 tan ikan buntal setiap tahun dengan selamat. – Bernama

    Ikan buntal dari Jepun adalah selamat untuk dimakan kerana peraturan keselamatan Jepun yang meluas dan ketat dalam memproses dan mengeksport ikan tersebut. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    -