Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Ikan emas boleh pandu tangki beroda

    BAITULMAQDIS, 12 JAN – Ikan emas mungkin mempunyai daya ingatan yang singkat tetapi, menurut kajian universiti Israel, ia mungkin boleh memandu.

    Penyelidik di universiti Ben-Gurion di Negev mendapati bahawa kebolehan pemanduan semula jadi ikan emas membolehkannya mengemudi kenderaan robotik ke arah sasaran darat jika diberi ganjaran makanan.

    Dalam menjalankan eksperimen luar biasa mereka, pasukan itu meletakkan tangki ikan pada satu set roda bermotor.

    Sistem kamera kemudian merakam pergerakan ikan di dalam air dan menterjemahkannya ke arah pengemudi – dengan berkesan menggerakkan alat itu ke arah mana ikan itu melanggar kaca.

    Dalam video yang dikeluarkan oleh universiti, ikan itu boleh dilihat ‘memandu’ kenderaan ke arah sasaran visual, tanda berwarna-warni di dinding bilik eksperimen, yang boleh dilihat melalui bahagian jelas tangki.

    Apabila ikan itu mengemudi kenderaan ke tanda, ia menerima ganjaran makanan.

    “Selepas beberapa hari latihan, ikan itu mengemudi ke sasaran,” kata pasukan universiti itu dalam kenyataan akhbar.

    “Lebih-lebih lagi, ia dapat berbuat demikian walaupun ia diganggu dengan melanggar dinding dan ia tidak tertipu dengan sasaran palsu yang diletakkan oleh penyelidik.” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...