Saturday, May 10, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ikan emas gergasi berusia 100 tahun

    Pakar-pakar berkata, walaupun kelihatan seperti ikan emas, ia sebenarnya spesies ikan kerbau mulut besar yang mengalami mutasi.

    Ditemui di Tasik Brainerd Lakes, ikan tersebut dipercayai berusia sekurang-kurangnya 100 tahun, demikian menurut seorang pakar biologi dari Universiti Negeri Dakota Utara, Dr Alec Lackmann. Seorang pemancing, Jason Fugate, 33, memancing ikan itu tetapi keliru melihat warna terang haiwan tersebut.

    Kata Fugate, dia mengetahui ikan itu daripada jenis kerbau mulut besar kerana banyak memancingnya sebelum ini, namun keliru kerana ia mempunyai warna oren terang.

    Ikan kerbau mulut besar biasanya berwarna kelabu gelap dan biasanya lebih gelap daripada ikan kerbau mulut kecil. Ikan itu berupaya hidup sehingga usia 110 tahun.

    “Saya tahu ia ikan kerbau mulut besar tetapi tiada maklumat pada enjin carian Google mengenai ikan kerbau yang berwarna oren,” katanya.

    Justeru, dia meminta bantuan Lackmann yang mendedahkan bahawa ikan tersebut berusia sekurang-kurangnya 100 tahun selepas melakukan beberapa eksperimen.

    Lackmann berkata, dia percaya usia lanjut ikan tersebut atau proses mutasi menyebabkan ikan itu berwarna oren dan menyerupai ikan emas. – Agensi

    Jason Fugate memancing ikan itu tetapi keliru melihat warna terangnya. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda