Wednesday, October 5, 2022
24.9 C
Brunei

Ikan laga Blue Rim jadi mas kahwin

-

BEKASI, 17 DIS – Pengantin lelaki dari Bekasi di Jawa Barat, Indonesia menjadikan ikan laga bernilai tinggi jenis Blue Rim dari Thailand sebagai mas kahwin bagi pasangannya.

Ikan laga bernilai 2.5 juta rupiah (kira-kira AS$1,700) merupakan mas kahwin pengantin Rizki Muhammad kepada Indi Nita Sari yang kemudiannya tular di media sosial.

Menurut laporan portal online Tribunews, Rizki, 21, memberikan mas kahwin ikan laga itu kepada isterinya, 25, pada majlis pernikahan mereka 13 Disember lalu.

Menurut Rizki, sepanjang pandemik, dia tidak mempunyai sebarang pekerjaan dan menjadikan hobinya membela ikan laga sebagai punca pendapatan dengan menjualnya secara dalam talian.

Ketika ditemui di Kampung Sumur Batu, Bekasi, Rizki mengatakan pada mulanya isterinya terkejut namun selepas diberi penjelasan, dia dan keluarganya bersetuju.

“Selain ikan laga, saya juga memberinya hantaran lain, termasuk wang tunai dan emas,” tambahnya. – Agensi

Rizki dan Nita yang bernikah pada 13 Disember lalu dengan mahar ikan laga Blue Rim (gambar sisipan). –Agensi
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

3 maut, 20 hilang bot Rohingya karam

COX’S BAZAR, BANGLADESH, 4 OKT - Tiga maut manakala hampir 20 lagi hilang selepas bot yang membawa kebanyakannya pelarian Rohingya, terbalik di Teluk Benggala...
- Advertisment -