LA PAZ, MEXICO, 2014 – Nelayan telah menemui dua ekor anak ikan paus kelabu berkembar di barat laut lagun Mexico, satu penemuan yang digambarkan oleh ahli biologi marin kerajaan sebagai ‘amat luar biasa’.
Ikan paus kembar siam sepanjang empat meter itu sudah mati apabila ia ditemui di lahun Ojo de Liebre, yang mengalir ke Lautan Pasifik di semenanjung Baja California.
Pegawai daripada Suruhanjaya Kawasan Dilindungi Semula Jadi Nasioanal (CONANP) mengesahkan penemuan ketika satu lawatan. Haiwan seberat hampir setengah tan itu bercantum di pinggang, dengan kepala dan sirip ekor, kata Benito Bermudezm ahli biologi marin dan pengurus serantau CONANP.
Beliau menggambarkan penemuan sebagai ‘amat luar biasa, tanpa sebarang duluan’ di rantau itu. Ahli sains memeriksa ikan paus tersebut dan merancang mencari mana-mana kes lain di tempat perlindungan semula jadi ikan paus di luar Baja California.
Setiap musim sejuk, beratus ikan paus kelabu bergerak ke Laut Bering ke perairan lebih panas di Baja California, menarik pelancong yang mahu melihat haiwan itu. Hampir 1,200 ikan paus kelabu ditemui pada 2012-2013.