Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ikan paus mati terdampar di pantai NZ

    WELLINGTON, 29 JAN – Puluhan orang berkumpul di pantai New Zealand hari ini ketika seekor ikan paus sirip muda ditemui mati terdampar dan ditarik ke pantai, di mana kejadian tersebut jarang berlaku di negara itu.

    Paus sirip sepanjang tujuh meter itu mati pada awal pagi tadi selepas terdampar di tebing pasir muara berhampiran pinggir bandar Christchurch di Teluk Moncks, kata jabatan pemuliharaan.

    Pengawal pantai menggunakan jentera penggali tanah untuk mengangkat bangkai ikan paus keluar dari air.

    Orang ramai kelihatan duduk di atas batu di pinggir pantai itu dan ada yang mengambil gambar tentang kejadian tersebut.

    “Ramai orang bimbang. Ikan paus adalah haiwan yang menarik bagi manusia, terutamanya ikan paus sebesar ini yang begitu dekat dengan bandar,” kata Daren Grover dari kumpulan pemuliharaan Project Jonah kepada Radio New Zealand.

    Paus sirip boleh membesar sehingga 26 meter panjang dan berat sehingga 80 tan.

    Jabatan pemuliharaan telah merekodkan lebih daripada 5,000 ikan paus yang terdampar di New Zealand sejak 1840 tetapi mereka jarang berenang begitu dekat dengan Christchurch.

    “Ia adalah sesuatu yang luar biasa untuk ikan paus masuk ke muara dan kami tidak tahu mengapa ia berbuat demikian,” kata Pengurus Operasi Jabatan Pemuliharaan, Andy Thompson. – AFP

    Pasukan penyelamat menggunakan jentera penggali tanah untuk mengangkat bangkai ikan paus sirip yang terdampar di Christchurch pada 29 Januari. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda