IKAN–IKAN paus Iceland secara tradisinya berakhir sebagai hidangan stik di atas pinggan. Tetapi masa sudah berubah, dan ketika kemasukan pelancong ke North Atlantic Island, ikan paus sekarang menjadi bintang dalam babak eko pelancongan yang berkembang. “Paus Minke berada di arah jam dua, sekitar 200 meter!” laung pemandu pelancong dari Sepanyol, Alberto Alejandro, dengan memegang mikrofon di tangannya ketika bot pemerhati paus bergerak secara perlahan ke pesisir.
Pandangan hanyalah sementara; hanya ekor dapat dilihat apabila ikan paus timbul di permukaan bagi mendapatkan udara, tetapi ia cukup untuk menggembirakan 60 penumpang, ketika mereka menyatakan ‘oooh’ dan ‘aaah’ dalam keadaan gembira. “Ia adalah salah satu dari beberapa perkara yang kami mahu lakukan bagi kunjungan pertama kami di sini,” kata Joachim Holm, seorang pelancong dari Sweden. “Kami tidak mendapatkan banyak peluang untuk melihat paus hidup.” Aktivis hak asasi haiwan membantah kepada pemburuan ikan paus yang menyatakan bahawa bot-bot pemerhati paus mengganggu kehebatan mamalia itu dalam habitat semula jadi mereka. Tetapi para aktivis menyatakan bahawa ia masih lagi lebih baik untuk mengganggu ikan paus berbanding menyembelih mereka.
Di Husavik, sebuah teluk di utara negara itu, atau di Faxafloi Bay berhampiran ibu negara Reykjavik, lebih dari 355,000 orang melakukan pemerhatian ikan paus pada 2016 dalam harapan untuk melihat haiwan itu di North Atlantic. Ia adalah peningkatan 30 peratus pada 2015 dan empat kali lebih besar berbanding sedekad lalu.
Tradisi lawan pelancongan hijau
Armada bot pemerhati paus kerap berkemudi melalui Faxafloi Bay- -perairan yang sama di mana paus minke diburu. Iceland meneruskan pemburuan ikan paus pada 2003, berpaling, bersama Norway, pada moratorium antarabangsa 1986. Jepun juga membenarkan pemburuan ikan paus. Secara rasminya, ia adalah bagi alasan saintifik, walaupun jika perkongsian besar daging ikan paus yang berakhir di pasaran.
![](http://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2017/11/M7-Iceland-3_061117.jpg)
Pemburuan ikan paus minke Iceland, bukan spesies terancam, dan yang simpanannya dianggarkan pada sekitar 32,000- -digambarkan dalam keadaan stabil oleh Kesatuan Antarabangsa Bagi Pemuliharaan Alam Semula jadi. Iceland menggantung pemburuan ikan paus bagi mendapatkan siripnya pada tahun lepas, selepas Jepun, pasaran utamanya, memperkenalkan peraturan ketat. Kedua dalam saiz kepada paus biru, sirip paus disenaraikan sebagai spesies terancam saejak 1996 dan populasi seluruh dinia menurun pada lebih dari 70 peratus sejak tahun 1929.
Alessandro Rosa, seorang artis Itali, berkata dia menghormati tradisi pemburuan ikan paus Iceland, yang mana menjadi sebahagian dari kehidupan di sini sejak kurun ke 13. tetapi, dia menambah: ‘Saya tidak pernah memakan daging ikan paus dan saya tidak mahu untuk merasanya.”
Penduduk Iceland sendiri memakan sedikit daging ikan paus. Jadi negara –negara pemburu ikan paus menumpukan bagi memuaskan permintaan dari pelancong, dengan lebih dari dua juta orang dijangka mengunjungi pulau itu pada tahun ini. Pemburuan ikan paus sejak beberapa tahun gagal untuk memenuhi kuota mereka- -tipika sekitar 200.
Mereka menyalahkan keadaan cuaca yang hambar dan perairan yang lebih panas, yang menekan ikan paus untuk mengikuti mackere, sumber makanan utama mereka, lebih hampir ke Greenland di mana air lebih sejuk.
![](http://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2017/11/M7-Iceland-1_061117.jpg)
![](http://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2017/11/M7-Iceland-2_061117.jpg)
IP-Utgerd Ltd, sebuah syarikat Iceland pakar dalam pemburuan ikan paus minke, menempuling 17 ekor paus pada 2017, menurun dari 46 pada 2016 dan 52 pada 2012. rekod 81 dibunuh pada 2009. tahun ini kouta adalah 224 ekor.
Menu ikan paus atas meja
Di Rekjavik, pemilik restoran Thrir Frakkar menawarkan daging ikan paus dalam menunya sejak dibuka pada 1989. pelancong dari Asia adalah mereka yang berkeinginan. ‘Mereka biasa kepada daging paus, ia lebih dari sebahagian budaya mereka,’ kata cef restoran, Stefan Ulfarsson. Sarah Krieger, seorang pelancong dari Florida, tidak membantah menggigit daging paus, selama mana simpanan diuruskan secara “bertanggungjawab”. ‘Manusia berada di kedudukan teratas rentatan makanan itu,’ jelasnya.
Bersama –sama, pemburuan ikan paus dan pemerhatian ikan paus mendatangkan keuntungan sekitar 100 juta euro ($117 juta) setahun, dalam sebuah negara di mana produk kasar dalam negara berada di kedudukan 20 bilion euro pada 2016. menurut Ice Whale Association, pemerhatian ikan paus dipercayai membawa sekitar tiga billion kronur (23 juta euro, 428.5 juta) setiap tahun.
Bagi pemburuan ikan paus, gambaran terbaru pada kajian 2010 dari Universiti Reykjavik, yang menganggarkan keuntungan negara itu berada pada kedudukan $94 juta. Tetapi jumlah itu melibatkan sektor perikanan negara itu, yang ditingkatkan lagi oleh lebih banyak ikan mackerel, cod, hadok dan caplein yang ada dalam lautan hasil tidka dimakan oleh ikan paus yang diburu. Pemburuan ikan paus masih lagi menjadi perniagaan yang menguntungkan, menurut statistik industri, dengan perkadaran 43 pemburuan setiap tahun sejak 2003. – AFP