Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Ikan paus orca ditemui di Sungai Seine

    CAEN, 25 MEI – Kelibat ikan paus pembunuh beberapa batu dari Sungai Seine, Perancis telah mencetuskan kekaguman namun pada masa yang sama memberikan kebimbangan terhadap nasib haiwan tersebut, yang dilihat terancam, menurut ahli pemuliharaan hari ini.

    Ikan paus itu, yang lebih dikenali sebagai ikan paus orca dan kebiasaannya ditemui di sungai air masin, berenang antara bandar pelabuhan Le Havre pada penghujung sungai Seine dan di bandar Rouen, ke bawah sungai dari ibu kota Paris.

    Video yang dimuat naik di media sosial menunjukkan sirip bahagian belakang ikan paus orca dan warna badannya putih dan hitam, mengagumkan orang ramai yang mengambil video.

    Ikan paus pembunuh, meskipun tergolong dalam keluarga ikan dolfin, sekali sekala dilihat di Selat Inggeris namun kemunculannya dianggap jarang berlaku, terutama di kawasan sungai.

    “Kehidupan ikan paus itu dalam bahaya. Kami sangat risau. Keadaan kesihatannya sangat lemah,” kata Gerrard Mauger, naib presiden kumpulan pelindungan setasea serantau GECC.

    “Lebih lama ia berada di air tawar, lebih cepat tahap kesihatannya merosot,” dia memberitahu AFP.

    “Ia jauh dari laut. Ia sangat rumit untuk mencari penyelesaian untuk mengumpannya kembali ke air masin.”

    Dia berkata keadaan haiwan itu ‘sangat kurus’ tetapi mungkin mempunyai berat lebih satu tan dan berkemungkinan ikan paus jantan berukuran lima kaki panjang.

    Ia kali pertama terlihat pada 16 Mei antara bandar pelabuhan Honfleur dan Le Havre, yang sudah kelihatan sangat lemah. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...