Thursday, February 6, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ikan paus sesat di Montreal

    MONTREAL, 1 JUN – Seekor ikan paus humpback yang berenang di salah sebatang sungai Kanada dan telah menjelajahi perairan di luar Montreal selama beberapa hari mungkin tersesat jalan semasa perjalanan memburu, kata pihak berkuasa.

    Sejak Sabtu, haiwan besar itu telah berenang di sungai St Lawrence di sebalik latar langit Montreal, beratus-ratus kilometer dari perairan yang biasa dihuninya.

    Ikan paus itu mungkin haiwan sama yang dilihat beberapa hari lalu di hilir sungai berhampiran bandar Quebec, kata Marie-Eve Muller dari rangkaian kecemasan haiwan mamalia laut Quebec.

    Ikan paus humpback hidup di kawasan Artik dan Antartik, dengan ikan paus dewasa membesar sehingga 17 meter dan mempunyai berat 40 tan.

    Setiap kumpulan menghabiskan musim panas berhampiran kutub dan berenang ke kawasan tropika dalam hemisfera masing-masing semasa musim sejuk untuk membiak.

    Pengunjung Montreal itu, dipercayai berusia dua atau tiga tahun, mungkin tersesat sementara menangkap mangsa, atau membuat kesilapan semasa pengemudian, kata Mueller.

    Ikan paus itu mungkin terus tinggal di bandar selama beberapa bulan, tambah beliau, walaupun jeram di kawasan hulu mungkin menghalangnya daripada meninjau ke kawasan pedalaman barat.

    Satu kumpulan dari RQUMM telah dihantar untuk memantau ikan paus untuk mengelak sebarang pelanggaran dengan kapal, kata beliau, walaupun tidak adanya pelan untuk mengeluarkan ikan paus itu, memandangkan ia boleh hidup dalam air tawar untuk tempoh waktu yang singkat. – AFP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda