Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Ikan paus terkandas mati

    RENNES, PERANCIS, 30 Mei – Seekor ikan paus yang terkandas selama beberapa minggu di Sungai Seine ditemukan mati hari ini selepas percubaan untuk membawanya kembali ke laut menemui kegagalan dan mendedahkan keadaannya amat lemah, kata pihak berkuasa tempatan.

    Pegawai serantau telah pun memutuskan untuk mematikan ikan paus itu – juga dikenali sebagai orca – untuk mengakhiri penderitaannya, tetapi seorang kelasi menemui haiwan itu terdampar tidak bermaya di sungai pada pagi ini.

    Sea Shepherd France, yang mengesahkan kematian ikan paus itu, berkata di Twitter mereka akan memerhati bangkai orca untuk menghalangnya daripada dilanggar oleh kapal, yang mana akan menjejaskan usaha bedah siasat.

    Siasatan akan berusaha menentukan sebab-sebab orca itu terkandas dan bagaimana ia mati, serta mengumpul maklumat mengenai penyakitnya, kata pihak berkuasa tempatan.

    Sekumpulan pakar cuba menggunakan teknik sonar untuk membantu membimbing haiwan itu kembali ke habitat semula jadinya pada hujung minggu ini, selepas kemunculannya di sungai ikonik itu.

    Namun operasi untuk menyelamatkan haiwan itu mendapati ‘reaksi yang tidak konsisten terhadap rangsangan bunyi serta tingkah laku yang tidak keruan dan tidak stabil,” kata pihak berkuasa dalam kenyataan.

    “Rakaman bunyi juga mendedahkan suara yang bersamaan dengan penderitaan yang dialami,” katanya, menambah haiwan itu nampaknya berada dalam ‘keadaan amat tenat.’- AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...