Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ikat jamin lelaki hadapi tuduhan rogol ditolak

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 DIS – Mahkamah telah menolak ikat jamin ke atas seorang penduduk tetap berusia 45 tahun yang menghadapi dua pertuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang ada hubungan kekeluargaan dengannya.

    Pesuruhjaya Kehakiman Haji Abdullah Soefri bin POKSMDSP Haji Abidin menangguhkan kes hingga 7 Januari depan.

    Pertuduhan Timbalan Pendakwa Raya Rozaimah Abdul Rahman mendakwa lelaki itu telah merogol remaja berkenaan di sebuah rumah pada Mei dan Jun.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda