Wednesday, May 14, 2025
28.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ikatan persaudaraan dalam Islam

    Berikut adalah petikan khutbah Jumaat Pertama Tahun 1439 Hijrah yang disampaikan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz Juned, pada 22 September 2017 Masihi bersamaan dengan 1 Muharram, 1439 Hijrah, di Masjid Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah.

    WAHAI kaum Muslimin, Persaudaraan dalam Islam ada dua: satu namanya “persaudaraan senasab”, persaudaraan sedarah sedaging, berkeluarga. Dan dua “persaudaraan seagama.”

    Agama yang dimaksudkan di sini ialah agama Islam. Ertinya, kita orang-orang Islam ini adalah tidak terlepas dari terikat dengan dua bentuk persaudaraan: persaudaraan senasab/ seketurunan dan persaudaraan seagama.

    Persaudaraan senasab biasanya hanya berlegar di tempat yang terbatas sahaja, seperti di dalam rumah sendiri atau di dalam negeri sendiri.

    Tetapi persaudaraan seagama tidak! Ia tidak terhenti setakat di dalam rumah atau di dalam negeri sahaja, malah mencakup sehingga ke seluruh rantau dunia.

    Ya, saudara kita seagama, bukan sahaja ada di Brunei, tetapi juga di mana-mana. Saudara kita seagama turut ada di Amerika, ada di Rusia, ada di England, ada di Jerman, ada di Perancis, ada di China, ada di Timor Tengah, ada di Afrika, ada di Tenggara Asia, termasuk rantau ASEAN.

    Apapun nama etnik, selama mereka itu beragama Islam adalah mereka saudara-saudara kita seagama atau dalam bahasanya yang lebih tepat “Ukhuwwah Islamiyyah” atau “Ukhuwwah Fillah” (persaudaraan kerana Allah).

    Nah, kalau begitu keadaan, sebagaimana kita dikehendaki supaya mengambil berat terhadap saudara-saudara kita seketurunan/ senasab, maka begitulah juga, kita tidak wajar untuk terlepas pandang terhadap susah senang atau suka duka saudara-saudara kita seagama.

    Persaudaraan seagama ini, saudara! Adalah persaudaraan yang sangat agung di sisi Allah. Kerana itulah, ia dipanggil juga dengan nama “Ukhuwwah Fillah” (persaudaraan kerana Allah).

    Sejarah telah merakam banyak contoh mengenai ‘dua’ bentuk persaudaraan ini.

    Dalam sejarah, kedapatan persaudaraan seagama itu lebih suci dan lebih indah daripada persaudaraan senasab/ seketurunan. Contohnya: Ikatan Abu Lahab dengan Nabi Sallallahu ‘alaihi Wasallam adalah ikatan senasab/ seketurunan. Abu Lahab adalah bapa saudara kepada Nabi.

    Tetapi bagaimana keadaan Abu Lahab ini dengan Nabi? Abu Lahab adalah pemimpin orang-orang yang memusuhi Nabi. Malah pernah merancang untuk membunuh Nabi. Ah, ini contoh persaudaraan senasab itu.

    Berbanding, Sayyidina Abu Bakar Ash-Shiddiq dengan Nabi. Sayyidina Abu Bakar tidak ada hubungan nasab dengan Nabi. Beliau cuma ada ikatan seagama sahaja.

    Tetapi tahukah kita, bagai-mana keadaan Abu Bakar dengan Nabi? Beliau bukan sahaja mencintai Nabi, malahan juga sanggup mati kerana Nabi, dalam makna sanggup mati kerana agama yang dibawa oleh Baginda Sallallahu ‘alaihi Wasallam.

    Ketika berada di pintu gua dalam peristiwa Hijrah, Abu Bakar berkata kepada Nabi: “Wahai Rasulullah, Tuan jangan masuk dulu ke dalam gua. Biar saya yang masuk dulu.”

    Apa tujuan Abu Bakar menahan Nabi dari masuk, sedang beliau sendiri masuk? Rupa-rupanya beliau ini bertindak demikian itu ialah untuk memeriksa terlebih dahulu keselamatan di dalam gua.

    Dalam gua banyak lubang binatang-binatang berbisa, seperti ular dan kala jengking. Abu Bakar, menutup semua lubang-lubang ini sebelum Nabi masuk. Tetapi ada dua lagi lubang yang tidak dapat ditutup kerana kehabisan penutup.

    Jadi apa budi bicara Abu Bakar untuk ini? Beliau telah menutupnya dengan paha dan kaki beliau sendiri. Beliau duduk berhampiran dengan lubang-lubang yang terbuka itu, sambil memangku kepala Nabi yang berbaring di atas paha beliau.

    Dengan takdir Allah, binatang berbisa dari dalam lubangnya telah mematuk Abu Bakar, menjadikan beliau mengalami kesakitan yang amat sangat. Namun beliau tetap tidak berganjak, tetap tidak mahu menggerakkan pahanya, kerana takut Nabi terjaga.

    KDYYM berkenan berangkat menyertai umat Islam di negara ini menunaikan Sembahyang Jumaat di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong. – Gambar Infofoto
    Yang Berhormat Pehin Mufti Kerajaan ketika menyampaikan khutbah Jumaat Pertama tahun 1430 Hijrah. Gambar Infofoto

    Sehinggalah oleh kerana terlalu sakit menahan bisa itu, air mata beliau sampai terjatuh mengenai wajah Nabi Sallallahu ‘alaihi Wasallam dan menjadikan baginda terjaga dan terus bertanya:

    “Apa halnya engkau, wahai Abu Bakar?” Menjawab Sayyidina Abu Bakar: “Saya disengat binatang berbisa, wahai Rasulullah.” Lalu Nabi tanpa bertangguh menjampinya.

    Kelihatan Abu Bakar memang sangat-sangat risau terhadap keselamatan Nabi, sedang Nabi pula mengetahui perkara ini yang menjadikan Baginda naik kasihan kepada Abu Bakar. Tetapi Abu Bakar menjelaskan:

    “Wahai Rasulullah, kalau saya mati, maka hanya saya seorang sahaja, tetapi kalau Tuan yang mati, nescaya hancurlah umat dan agama.”

    Ah ini, wahai kaum Muslimin! Bandingan di antara saudara senasab dan saudara seagama. Abu Lahab adalah saudara senasab, sementara Sayyidina Abu Bakar, cuma saudara seagama.

    Tetapi, siapa Abu Lahab? Abu Lahab, yang berpangkat bapa saudara kepada Nabi itu, manakala dia mendengar Nabi berseru kepada manusia: “wahai manusia, tauhidkanlah oleh kamu akan Allah/ masuklah kamu kepada agama Islam)”, maka Abu Lahab akan cepat-cepat menyampuk: “Jangan kamu percaya dia, dia adalah anak saudaraku (aku tahulah) dia adalah pendusta”.

    Nampak kita, wahai kaum Muslimin! Sampai hati bapa saudara terhadap anak saudara. Dua orang hamba Allah yang telah ditakdirkan menjadi saudara senasab/ seketurunan.

    Berbanding, sila perhatikan! Sayyidina Abu Bakar, beliau bukan senasab, cuma saudara seagama sahaja, tetapi lihat, apa sikapnya terhadap Nabi? Mari, kita amat-amati pengakuan Abu Bakar ini: “saya benar-benar menyukai tiga perkara, wahai Rasulullah”.

    Bertanya Nabi: “Apakah tiga perkara itu, wahai Abu Bakar?”.

    Menjelaskan Abu Bakar: “Saya sangat suka memandang Tuan, wahai Rasulullah! Saya juga suka duduk berhadap-hadapan dengan Tuan dan suka untuk membelanjakan harta saya melalui Tuan untuk Islam”.

    Ah, ini Ukhuwwah Fillah (persaudaraan seagama kerana Allah) itu. Di sinilah hikmah dan harganya persaudaraan seaga-ma. Dan, dengan kacamata inilah juga kita melihat saudara-saudara kita di Palestin serta dengan kacamata ini juga kita melihat saudara-saudara kita di Myanmar atau di mana saja di segenap pelusuk dunia ini.

    Kerana itu kita pun bernazilah. Raja kita memerintahkan supaya kita ikut sunnah Nabi membaca doa dalam Qunut Nazilah, untuk memohonkan kepada Allah “keselamatan” bagi saudara-saudara kita itu.

    Itu sahaja. Doa, ya dasar doa semua bagus, semua doa adalah baik belaka. Doa adalah interaksi hamba dengan Allah. Jangan perkecilkan doa, dan jangan pandang serong terhadap doa.

    Tahukah kita, bukan kita manusia sahaja yang berdoa, malah makhluk haiwan juga berdoa, saudara! Berdoa untuk keselamatan jika berlaku musibah.

    Di zaman Nabi Allah Sulaiman ‘Alaihissalam, telah berlaku kemarau panjang. Hujan tidak turun-turun. Pohon-pohon kayu mati. Tanah jadi kering kontang.

    Manakala keadaan ini sampai dipuncaknya, maka keluarlah Nabi Allah Sulaiman bersama-sama para sahabatnya untuk memerhatikan keadaan rakyat dan persekitaran.

    Tiba-tiba baginda ternampak seekor semut betina sedang mendongakkan kepalanya ke langit. Perkara ini turut menarik perhatian Nabi Allah Sulaiman. Sebaik-baik sahaja selesai kerja sang semut, Nabi Sulaiman berpaling kepada para sahabat dan bertanya: “Adakah kamu semua tahu apa yang dikata oleh semut ini?”

    Menjawab para sahabat: “Wahai Nabi Allah, hanya Allah jua yang maha mengetahui apa-apa yang dikatakannya.” Maka menjelaskan Nabi Sulaiman: “Ini sang semut, berdoa kepada Allah. Ia berkata dalam doanya: Ya Allah, adalah kami ini makhluk dari makhlukMu, maka turunkanlah kepada kami rezekiMu (hujan), dan janganlah Engkau binasakan kami kerana dosa orang lain.”

    Sebaik sahaja selesai doa ini dilafazkan oleh sang semut, maka kelihatanlah langit berawan hitam dan hujan pun turun dengan lebatnya mengakhiri kemarau.

    Begitu kaum Muslimin! Sila perhati, sedangkan haiwan lagi sensitif terhadap musibah, betapa kita makhluk yang dilengkapi dengan akal dan jiwa ini, sepatutnya memang lebih-lebih lagi sensitif.

    Mengapa? Mengapa mesti sensitif? Kerana, kerana Allah sangat murka kepada orang yang tidak sensitif.

    Allah mahu supaya kita ini turut mengambil berat apa-apa yang berlaku, lebih-lebih lagi jika yang berlaku itu menyangkut perkara mungkar, kita adalah dituntut supaya tidak diam membisu atau bersikap malas tah ku ingau.

    Allah tidak suka ini. Allah tidak suka kita hanya jadi penonton, Allah tidak suka kita hanya jadi pendengar semata-mata tanpa ada, walau sedikit pun usaha atau budi bicara untuk memperbaiki atau memperbetulkan keadaan.

    Sikap begini adalah tidak betul. Polisi macam ini Allah tidak suka. Yang Allah mahu dan suka ialah, kita ini turut mengambil berat, walaupun setakat kita membantah dengan hati sahaja, atau air muka kita berubah kerana marah atau tidak redha dengan mungkar tersebut. Ah ini, yang Allah suruh dan suka.

    Mari kita hayati riwayat ini:

    Allah Subhanahu Wa Ta‘ala pernah memerintahkan Jibril ‘Alaihissalam untuk memusnahkan sebuah negeri, kerana negeri tersebut dipenuhi dengan mungkar. Rata-rata orang melakukan mungkar.

    Maka turunlah Jibril untuk melaksanakan perintah Allah ini. Tetapi sebelum Jibril melaksanakan tugasnya, dia tiba-tiba terpandang kepada seorang hamba Allah yang salih, orang baik, yang tidak terlibat walau sedikit pun dengan mungkar. Ini menjadikan Jibril berkeadaan serba salah.

    Lalu dia pun membawa perkara ini kepada Allah de-ngan berkata:

    “Wahai Tuhanku! Di dalam negeri ini ada seorang hamba dari kalangan hamba-hamba yang salih, dia ini tidak terlibat dengan sebarang mungkar, apakah yang harus dibuat terhadapnya?”

    Menjawab Allah: “Wahai Jibril! Engkau mulai kemusnahan itu ke atasnya. Dia yang dulu. Kerana dia nampak mungkar, tetapi tidak berubah pun air mukanya kerana Aku, maka engkau mulailah ke atasnya kemusnahan, musnahkan dia dahulu, kerana dia nampak mungkar, tetapi diam sahaja, tidak berbuat apa-apa.”

    Allahumma, ampunkanlah kami, ya Allah! Ampunkan sekalian orang-orang Islam, sekiranya kami ini banyak lupa, banyak terlepas pandang untuk menangani mungkar, banyak diam dari berusaha untuk menghalangi mungkar, malah banyak dan biasa menonton mungkar berlaku tanpa sedikit pun teringat untuk menyumbang nasihat, untuk bersedekah dengan dakwah, sebagaimana yang Allah suruh kepada kami melakukannya, sebagaimana firmanNya di dalam surah an-Nahl ayat 125, yang tafsrinya:

    “Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah bijaksana dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang diseru itu) dengan cara yang lebih baik.”

    Demikian, wahai kaum Muslimin! Isu mungkar berupa penindasan ke atas orang-orang Islam Rohingya, ini tidak syak lagi adalah mungkar paling dahsyat. Adakah mungkar seperti ini kita orang-orang Islam boleh diam dan pejam mata begitu sahaja? Jawabnya tidak boleh! Allah murka jika kita diam dan pejam mata, sebagaimana riwayat yang baru saja dibawakan sebentar tadi, sehingga kalau yang diam itu orang salih sekalipun, bahkan dialah yang akan lebih dahulu dihukum.

    Alhamdulillah, dalam konteks ini, Brunei Darussalam adalah tidak pejam mata dan tidak diam. Tetapi malam tadi, ketua kita, raja kita, melalui siaran radio dan televisyen ke seluruh negara telah memberitahu dunia, bahawa Brunei Darussalam adalah bersama-sama “suara sedunia” mengesali apa yang berlaku di Myanmar dan meminta pihak berkuasa di negara tersebut supaya menyelesaikan krisis kemanusiaan ini dengan seadil-adilnya.

    Ini bukan suara seteru, tetapi suara rakan, seorang pemimpin dunia yang perihatin. Inilah suara raja Brunei, satu nasihat ikhlas dari rakan kepada rakan, supaya diakhiri krisis kemanusiaan ini dengan keadilan.

    Ya, raja Brunei bertitah mengenai keadilan, memang layak dan memang berhak baginda bertitah mengenai keadilan, kerana keadilan di bawah tadbir baginda adalah pakaian bagi Brunei, dalam makna baginda adalah pengamal keadilan. Sebab itulah baginda cukup arif tentang keadilan, cukup arif betapa mahal dan luhurnya keadilan itu.

    Memang, tradisi raja-raja yang salih di alam maya ini, mereka itu tidak mengabaikan keadilan. Mereka adalah pencinta keadilan, penegak keadilan. Jika keadilan itu dijulang tinggi, mereka gembira, sebaliknya jika keadilan diletakkan di bawah kaki, mereka akan melenting murka.

    Mari kita lihat contoh ini: Amirul Mu’minin ‘Umar bin al-Khattab Radiallahu ‘anhu, pada suatu hari melawat wilayah Syam. Beliau mendapati ada seorang lelaki berdiri di tengah-tengah terik matahari, sedang di hadapannya ada tempat berteduh. Melihat ini, beliau bertanya: “Mengapakah orang ini berdiri di tengah-tengah panas matahari sedang di hadapannya ada tempat berteduh?”

    Menjawab Gabenor, penguasa wilayah: “Orang ini, wahai Amirul Mu’minin! Lambat membayar jizyah (cukai), kerana itulah dia dihukum dengan didirikan di tengah-tengah panas matahari.”

    Mendengar itu, mata Amirul Mu’minin naik merah seperti bara api kerana terlalu marah, marah yang berapi-api sambil berkata memerintahkan: “Larikan orang ini dari matahari dan tempatkan dia di tempat yang teduh. Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Bahawa Allah akan mengazab/ akan menyeksa siapa yang menyeksa manusia di dunia.”

    Ya salaam! Setakat menjemur pesalah di matahari pun raja orang-orang beriman ‘Umar tidak mahu, apatah lagi membakar, membakar sampai mati, menembak sampai mati, dan tidak cukup dengan membakar manusia, dengan menembak manusia, mereka bakar pula rumah-rumah, bakar pula kampung-kampung, sehingga mana-mana yang masih hidup dan sempat lari, mereka lari! Lari bertaburan membawa diri menjadi pelarian.

    Wahai dunia, sila perhatikan ini!

    Raja kami orang-orang Islam tidak membenarkan pesalah untuk dijemur di matahari, tetapi orang lain membakar dan menembak manusia-manusia yang tidak berdosa.

    Allahumma Ya Allah! Berkat para Nabi, berkat para wali, berkat para raja dan sultan serta pemimpin-pemimpin yang salih dan berkat orang-orang beriman di seluruh dunia, mohonlah ya Allah, supaya Engkau penuhi dunia ini dengan keadilan, dan janganlah Engkau biarkan keadilan itu berkubur. Aamiin, Aamiin, Aamiin ya Rabbal ‘Aalamiin.

    Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman di dalam surah al-Maaidah ayat 8, tafsirnya: “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan kebenaran kerana Allah, lagi menjadi saksi yang adil, dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa, dan bertanggungjawablah kepada Allah, sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui akan apa-apa yang kamu lakukan.”

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/