Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ikea beralih kepada perabot mesra alam

    STOCKHOLM – Ikea akan mula menyewa dan mengitar semula perabot di seluruh dunia sebagai salah satu usahanya ke arah perabot mesra alam sekali gus untuk menangani kebimbangan terhadap model perniagaan yang berpatutan dan murah, yang boleh membawa kepada pengeluaran dan pembuangan sampah yang berlebihan.

    Skeptis melihat inisiatif firma gergasi Sweden dianggap sebagai satu helah pasaran, sementara penyokong melihat perubahan itu adalah betul dan benar. Ikea berkata mereka merancang untuk menjadi perniagaan ‘meja bulat’ menjelang tahun 2030.

    Mereka sudah memulakan proses pembaikan dan pembungkusan semula produk di setiap kedai yang telah rosak semasa dalam transit, serta membolehkan pelanggan untuk memulangkan kembali produk, termasuk perabot, untuk dijual semula atau didermakan kepada badan-badan amal.

    Kumpulan Ingka yang mengendalikan sekitar 367 buah kedai Ikea di seluruh dunia, pada awal tahun ini telah melancarkan perabot pajakan perintis di empat buah negara, sebuah projek yang kini dirancang untuk dikembangkan ke semua 30 pasarannya. Tetapi menyewa dapur? Idea ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang tidak masuk akal, kata Cecilia Cassinger, seorang profesor komunikasi strategik di Universiti Lund di Sweden. “Produk Ikea boleh digunakan semula dalam tempoh masa yang panjang, sekali gus mengurangkan lagi sisa-sisa buangan,” katanya kepada media.

    Jejak karbon yang besar

    Tetapi matlamat Ikea 2030 boleh sahaja menjadi sukar untuk dicapai, memandangkan jejak karbon semasa. “Cabaran utama dalam membuat peralihan kepada ekonomi berkitar berkait rapat dengan logistik yang mapan (pengangkutan, penyimpanan, pemasangan produk,) perkhidmatan (pembaikan, penyelenggaraan) dan pengurusan sisa,” kata Cassinger.

    Syarikat itu juga berhasrat untuk mengurangkan impak iklim secara keseluruhannya sebanyak 70 peratus secara purata bagi setiap produk menjelang 2030. – AFP
    Inisiatif baharu Ikea itu merupakan langkah pertama yang baik tetapi syarikat itu perlu bergerak dengan lebih jauh lagi sebelum dapat dipertimbangkan sebagai mesra alam. – AFP

    Syarikat itu juga bertujuan untuk mengurangkan impak iklim secara keseluruhannya sebanyak 70 peratus secara purata bagi setiap produk menjelang 2030. “Peluang terbesar untuk mengurangkan jejak langkah rumah hijau Ikea adalah bahan mentah dan ‘kehidupan produk’ di rumah pelanggan Ikea,” kata syarikat itu dalam satu laporan kemapanan 2018.

    Menurut laporan lain yang dikeluarkan pada awal tahun ini, bahan mentah Ikea mewakili lebih satu pertiga daripada pelepasan gas rumah kaca, pada 36.4 peratus. Mengangkut barang dan pengangkutan barang pelanggan ke kedai, biasanya terletak di luar pusat bandar, boleh menyumbang kepada 19.4 peratus pelepasan.

    Pencinta alam sekitar seperti Greenpeace Nordic, mengatakan bahawa inisiatif baharu Ikea itu merupakan langkah pertama yang baik tetapi syarikat itu perlu bergerak dengan lebih jauh lagi sebelum dapat dipertimbangkan sebagai mesra alam. “Ikea berpotensi untuk menjadi peniagaan penuh tetapi masih ada kekaburan atau kesamaran utama dari segi jejak ekologi mereka dengan model baharu yang tidak memberikan sebarang penyelesaian,” tambahnya.

    Sebagai contoh, unit pengeluarannya yang terletak jauh dari pasaran utamanya, yang memerlukan perjalanan jauh sekali gus masih mencemarkan alam sekitar. Kebanyakan produk Ikea yang dihasilkan oleh anak syarikatnya, Ikea Industry yang buat di Poland, Rusia, Slovakia dan juga Sweden, tetapi pasaran jualan terbesarnya ialah di Jerman (15 peratus), Amerika Syarikat (14 peratus) dan Perancis (8 peratus), menurut angka 2017.

    Greenpeace turut kritikal terhadap penggunaan sumber alam semula jadi Ikea seperti minyak sawit dan kayu serta plastik. Ikea telah berikrar untuk menghapuskan penggunaan plastik menjelang tahun 2020 dan membantu para pembekal untuk menukar tanaman mereka menjadi iklim yang positif.

    Budaya ‘membuang’

    “Adakah kita perlu memiliki semua yang kita ada di rumah?,” tanya Cassinger dari Universiti Lund. Dia turut menekankan bahawa pengguna juga perlu bijak dan bertanggungjawab untuk membuat pilihan hijau. Matlamat Ikea 2030 hanya akan dapat dicapai jika syarikat itu berjaya memperluaskan lagi produknya untuk seumur hidup, tambahnya.

    Permintaan semakin banyak dibuat oleh para pengguna, kata ketua pegawai kelestarian Ingka Group, Pia Heidenmark Cook. “Kami telah melakukan banyak penyelidikan, menemu bual bersama 10 orang pelanggan dan kami juga telah melihat kerenah pelanggan serta jangkaan pengguna sentiasa berubah-ubah khususnya mengenai alam sekitar,” jelasnya.

    Walau bagaimanapun, para pakar menyedari bahawa produk Ikea yang dijual semula lazimnya akan mempunyai nilai yang rendah, tidak sesuai dengan trend baharu. Ikea cuba mencipta budaya membuang dengan merevolusikan perabot menjadi barangan yang bergaya, berpatutan dan boleh dihapuskan dengan mudah.

    Justeru, bagaimanakah ia akan menyesuaikan diri dengan perubahan trend pengguna, sementara masih menjalankan perniagaan yang menguntungkan?, pada akhirnya, Cassinger mempersoalkan model perniagaan Ikea.

    “Perkongsian dan pajakan mungkin cara yang lebih mampan,” katanya. “Tetapi pilihan lain adalah untuk menurunkan kadar pengeluaran dan memberikan tumpuan kepada kategori produk yang lebih berkualiti dan harga yang berpatutan yang relevan untuk digunakan dalam tempoh masa yang lebih lama dan boleh diperbaiki serta dikendalikan dengan begitu mudah oleh perkhidmatan pengguna Ikea, berbanding digantikan dengan sebuah produk baharu,” tambahnya kepada media. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda