Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 2 SEPT – Ikhlas itu merupakan anak kunci yang menentukan amalan seseorang itu diterima oleh Allah atau sebaliknya. “Ikhlas juga merupakan ibu bagi segala sifat yang terpuji, hal ini kerana ikhlas itu sendiri bermaksud perilaku yang lahir tanpa dipaksa dan semula jadi yang mana segala kebaikan harus berpusat