Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ikon bola sepak, Zlatan Ibrahimovic gantung kasut

    MILAN, 5 JUN – Zlatan Ibrahimovic menutup tirai karier yang panjang dan penuh trofi kelmarin, apabila beliau secara tidak dijangka mengumumkan persaraannya daripada bola sepak.

    Penyerang veteran Ibrahimovic mendedahkan keputusannya untuk berhenti bermain semasa majlis di atas padang berikutan kemenangan 3-1 AC Milan ke atas Verona yang menamatkan kempen Serie A mereka.

    “Ia adalah masa untuk mengucapkan selamat tinggal kepada bola sepak, bukan hanya kepada anda (AC Milan),” kata Ibrahimovic di padang San Siro.

    “Terlalu banyak emosi untuk saya sekarang. Forza Milan dan selamat tinggal.”

    Pemain berusia 41 tahun itu dijangka hanya mengucapkan selamat tinggal kepada peminat Milan selepas pemergiannya daripada juara Eropah tujuh kali itu diumumkan pada hari Sabtu. – AFP

    Zlatan Ibrahimovic bercakap semasa majlis perpisahan selepas perlawanan bola sepak Serie A Itali antara AC Milan dan Hellas Verona, kelmarin, di stadium San Siro di Milan. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda