BAGHDAD – Ikon Oud Arab, Naseer Shamma, yang telah lama meninggalkan tanah kelahirannya Iraq, kini pulang ke tanah air untuk membantu menghidupkan semula semangat muzik Iraq yang dipadamkan oleh konflik selama beberapa dekad. “Apabila awda berada di negara sendiri, awda berasa emosi yang sangat tinggi dengan penonton,” kata pemain itu dalam temu bual dengan AFP.