UNITED KINGDOM – Kebanyakan karya-karya hebat yang telah dihasilkan oleh Jean Michel Basquiat iaitu seorang pelukis yang terkenal di New York sekitar tahun 1970-an dan 80-an akan dipaparkan dan dipamerkan di London tidak lama lagi malah pameran ini merupakan yang pertama diadakan di United Kingdom. Bekas artis grafiti itu telah meninggal dunia pada tahun 1988 ketika berusia 27 tahun dan telah menggunakan pelbagai perspektif dalam kepelbagaian bentuk seni lukis termasuk jaz, budaya pop, seni abstrak dan primitif malah berjaya membentuk lukisan dinamik yang tersendiri justeru menjadikan karya-karya beliau terkenal dan digemari ramai.
“Kebanyakan karya-karya beliau telah berjaya mendorong satu keghairahan khususnya kepada penggemar seni dinamik malah apabila seseorang itu sudah terpengaruh, ia akan sukar untuk dipatah balik minat tersebut,” kata Eleanor Nairne, kurator di Galeri Seni Barbican di mana pameran itu telah dibuka kepada kunjungan orang ramai kelmarin.
“Kebanyakan karya-karya seni pelukis itu benar-benar memperlihatkan satu ekspresi yang kuat, bersahaja dan santai namun memperlihatkan satu corak yang kasar dengan satu pemikiran untuk saling mempengaruhi,” tambah Eleanor lagi kepada wartawan AFP.
Salah satu karya tokoh seni itu yang dinamakan sebagai ‘Untitled’ telah berjaya dilelong dan mencatatkan rekod karya seni yang paling mahal dijual iaitu AS$110.5 juta di New York pada awal tahun ini. Situasi ini menandakan bahawa pengaruhi lukisan yang dihasilkan oleh Basquiat semakin digemari dan dikenali.
Walaupun kebanyakan lukisan yang dihasilkan oleh tokoh itu bercorak pelik, aneh dan luar biasa namun ia sebenarnya berfungsi untuk memberikan satu kesedaran, menyerap pengaruh dari budaya dan juga campuran pelbagai corak lukisan yang dihasilkan oleh beberapa tokoh seni lukis yang lain seperti Charlie Parker, Leonardo Da Vinci, Henri Matisse dan The Looney Tunes Road Runner. Basquiat lebih cenderung kepada menghasilkan lukisan berbentuk abstrak.
Selain itu, Basquiat sering menggunakan motif umum termasuk penggunaan simbol dan teks malah sering diulangi dalam bentuk blok, meneroka kepelbagaian tema seperti penjajahan dan kelas-kelas politik.



Permulaan umum maklumat
Nairne turut menambah bahawa Basquiat sebenarnya memberikan sedikit kesan ‘Seismik’ bukan hanya pada seni kontemporari malah lebih meluas khususnya dalam fesyen dan juga media lain. Basquiat dilahirkan pada tahun 1960-an dan telah mempelajari bakat seninya pada penghujung tahun 1970-an di sebuah lokasi di mana kebanyakan kelahiran artis seni di bawah tanah pasca-punk di pusat bandar New York. Basquiat menjadikan ikon pop seni lukis Andy Warhol dalam inspirasi menghasilkan lukisan-lukisan yang hebat.
Selain bergelar seorang pelukis, Basquiat juga aktif dalam bidang seni muzik dan mempunyai kumpulan band sendiri. Selain itu, tokoh seni ini juga menggunakan corak lukisan yang ‘Cincang’ untuk membangkitkan satu teknik yang serupa digunakan pada masa yang sama oleh beberapa perintis hip hop seperti Grandmaster Flash.
“Sebenarnya, Basquiat adalah seorang artis seni yang inginkan selera teknik seni yang pelbagai dan sentiasa dahagakan satu idea yang baru. Kami mungkin memikirkan situasi ini sebagai satu permulaan untuk menyebarkan maklumat.
“Basquiat sering membawa kaca TV setiap kali berada di studio lukisannya malah beberapa buah buku sentiasa terbuka dan diiringi dengan alunan muzik. Tokoh seni ini sering mendapat idea baru dengan bahan-bahan yang banyak,” kata Nairne lagi kepada wartawan AFP.
Sejak kematian tokoh seni itu, karya-karya Basquiat tidak begitu dikenali khususnya di United Kingdom disebabkan oleh kurangnya pendedahan terhadap karya tokoh itu. Pusat Barbican telah bekerjasama dengan beberapa muzium antarabangsa dan koleksi peribadi tokoh itu selama beberapa tahun untuk mendapatkan lebih daripada 100 buah karya termasuk sebuah karya seni ‘King of Zulu’ iaitu sebuah seni puisi tulisan tangan yang dipengaruhi dengan corak penulisan syair William S.Burroughs.
Artis graffiti Inggeris Banksy menganggap dirinya salah seorang peminat besar Basquiat dan telah berjaya menghasilkan dua kerja seni baru di bawah pusat Barbicaan yang menunjukkan ironi memegang pertunjukan di kejiranan yang sebahagian besar tidak mempunyai seni jalanan.
Antara yang membuat tinjauan terbaru karya Banksy ialah Sharon De Boos dan anak perempuannya, Elise. “Saya mahu menunjukkan anak perempuan saya, dia tidak pernah mendengar tentang Banksy, jadi saya akan memperlihatkannya, ia adalah sesuatu yang berbeza dan berlainan dengan Basquiat,” tambah De Boos mengakhiri temu ramah bersama media. Ini bermakna bahawa, karya-karya Basquiat sudah mendapat tempat di mata peminat seni di United Kingdom. – AFP