PARIS, 29 SEPT – Bintang Brazil berikrar untuk ‘memberikan segala-galanya kepada PSG’ selepas golnya telah mengekalkan gergasi Perancis itu di persada Ligue 1 dengan kemenangan 1-0 di Bordeaux.
Neymar, pemain termahal dunia, telah dikaitkan dengan perpindahan semula ke Barcelona pada musim panas lepas.
Bagaimanapun, dalam usahanya memenangi semula hati penyokong PSG, Neymar telah menghasilkan beberapa permainan menarik apabila menjaringkan gol ketiganya musim ini.
“Saya sangat gembira untuk membantu PSG, ia bagus untuk para penyokong,” katanya.
“Ia seperti hubungan dengan teman wanita, ada ketika ia teruk namun dengan peluk dan kasih sayang, ia menjadi lebih baik.
“Saya di sini untuk memberikan segala-galanya kepada PSG. Ia adalah pasukan saya, matlamat saya adalah membantu kelab saya, untuk terus menjaringkan gol.”
Dalam perlawanan itu, Kylian Mbappe dan Neymar bermain bersama buat kali pertama musim ini dan bergandingan dalam menjaringkan satu-satunya gol di Bordeaux. – AFP