Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Ikrar penyejukan’ COP komited kurangkan pelepasan

    BANGKOK, 27 OKT – Ikrar penyejukan yang akan diumumkan pada sidang kemuncak iklim COP28 bulan depan akan memberi komitmen untuk mengurangkan pelepasan berkaitan penyejukan sebanyak 68 peratus menjelang 2050, menurut teks draf yang dilihat oleh AFP hari ini.

    Namun masih tidak jelas negara mana yang akan menandatangani ikrar itu atau sama ada negara besar seperti China dan India akan mengambil bahagian, memandangkan permintaan untuk penyaman udara berkembang pesat.

    Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kaedah penyejukan kini menyumbang lebih daripada 7 peratus daripada pelepasan gas rumah hijau global.

    Ia menyumbang kepada pelepasan disebabkan tenaga elektrik yang diperlukan untuk kuasa teknologi dan disebabkan penyaman udara dan penyejukan secara amnya yang bergantung pada hidrofluorokarbon iaitu bahan pencemar jangka pendek tetapi kuat sehingga boleh memberi kesan pemanasan global yang lebih besar daripada karbon dioksida.

    PBB berkata sudah ada anggaran 3.6 bilion peralatan penyejuk digunakan di seluruh dunia, tetapi angka itu dijangka meningkat dengan permintaan tenaga global. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda