Saturday, May 10, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Iktiraf etnik Jatti Miriek

    MIRI, 30 Nov – Masyarakat minoriti Jatti Miriek di Sarawak mempunyai impian yang masih belum dipenuhi sehingga hari ini walaupun antara kumpulan etnik tertua di negara ini.

    Komuniti yang mempunyai hubungan ikatan sosial yang intim ini telah lama menuntut pengiktirafan etnik secara rasmi daripada kerajaan Sarawak dan bahkan mengemukakan permohonan rasmi kepada kerajaan negeri pada 2016 untuk mendapatkan pengiktirafan yang telah lama tertangguh. Tetapi selepas dua tahun menanti, Setiausaha Persatuan Jatti Miriek Miri (PJMM) Ujut Rahman berkata persatuan itu masih lagi menunggu jawapan rasmi berhubung permohonan itu selepas menyerahkan surat kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani pada 7 Dis 2016.

    “Surat kedua diserahkan kepada Pengarah Unit Pentadbiran Jabatan Ketua Menteri Antonio Kahti Galis pada 21 Mac lepas dan masih belum menerima jawapan rasmi,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

    Ujut berkata walaupun telah wujud dalam budaya dan sejarah di Sarawak selama beberapa dekad, Jatti Miriek masih lagi belum diiktiraf secara rasmi sebagai satu daripada kumpulan etnik dalam pentadbiran kerajaan Sarawak terutama ketika mengisi borang permohonan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda