NIZHNIY NOVGOROD, 29 Jun – Penyingkiran Senegal disebabkan oleh peraturan fair play yang bukan sahaja pertama kali dalam sejarah Piala Dunia, ia juga yang pertama kali sejak 1982 pasukan dari Afrika gagal untuk mara ke pusingan kedua.
Aksi buruk yang ditampilkan pasukan dari negara Afrika pada 30 tahun yang lalu dilihat kurang mengejutkan.
Namun pada 2018 ini, bintang Afrika pada masa ini seperti Mohamed Salah dan Sadio Mane, ini merupakan kejohanan yang paling mengejutkan buat pasukan dari negara Afrika.
Kegagalan lima negara untuk melepas peringkat kumpulan telah mencetuskan peninjauan segera.
Didier Drogba yang beraksi dalam tiga Piala Dunia dengan Ivory Coast berkata, pasukan-pasukan dari Afrika mengambil langkah ke belakang apabila beraksi di Rusia.
“Pasukan Afrika akan berjaya satu hari nanti tetapi kita perlu memikirkan bagaimana kita melalui kejohanan-kejohanan besar,” beritahunya kepada BBC di mana dia bertugas sebagai pengulas.
Drogba menyeru untuk struktur yang lebih baik dan merancang untuk membantu pasukan-pasukan dari Afrika dalam kejohanan akan datang dan menyeru untuk mengikut jejak pasukan-pasukan dari Eropah. Dari sudut yang lain, ia lebih teruk berbanding 1982, apabila Cameroon mencatat keputusan seri dengan juara Itali dan Algeria gagal untuk mara selepas perlawanan Barat Jerman dan Austria. – AFP