BANDAR SERI BEGAWAN, 14 SEPT – Sekolah Menengah Sayyidina Umar Al-Khattab (SMSUA) telah mengadakan Majlis Ilan Najaah 2025, kelmarin.
Majlis itu diadakan salah satu sokongan padu pihak sekolah kepada calon-calon pelajar Tahun 11 yang bakal menduduki Peperiksaan BC GCE O Level dan IGCE Level 2025 untuk menyediakan para calon dari segi mental dan rohani selain memohon restu daripada guru-guru dan ibu bapa serta penjaga yang telah mengajar dan mendidik serta memberikan bimbingan kepada mereka dengan sebaiknya.
Sebelum majlis dimulakan, bacaan doa dipimpin oleh Haji Mohd Shahril bin Haji Mohd Rani.
Seterusnya, ucaptama disampaikan oleh Pengetua SMSUA, Dayang Sinasuria binti Haji Ibrahim, dan diikuti dengan ucapan daripada wakil ibu bapa yang disampaikan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed.
Manakala, wakil pelajar pula disampaikan oleh pelajar Tahun 11G1, Awang Mohd Aqil bin Wahid. Selepas itu, ucapan wakil daripada guru-guru yang disampaikan oleh Dayang Nor Ashikin binti Abdul Latif.
Acara diserikan dengan majlis bersalam-salaman para pelajar bersama guru-guru mereka.
Segmen Siraman Qalbu disampaikan oleh Haji Shahmin bin Haji Akop untuk memberikan suntikan semangat dan minda para pelajar serta membimbing mereka dalam menghadapi peperiksaan mereka pada tahun ini.
Majlis diakhiri dengan sesi bersalaman dan berpelukan antara para calon dengan ibu bapa dan penjaga mereka.




