Sunday, October 2, 2022
33.3 C
Brunei

Im Sung-jae mendahului pusingan pertama Masters

-

AUGUSTA, AMERIKA SYARIKAT, 8 APRIL – Dengan sedikit latihan bersama pemandunya dan beberapa inspirasi daripada bapanya yang menggalakkan pemain Korea Selatan, Im Sung-jae ketika dia merampas pendahuluan pusingan pertama di Masters kelmarin.

Im mendapatkan semula rentak permainannya di Augusta Nasional, melakukan pukulan eagle dan lima birdie dalam lima-bawah par 67 yang memberikannya kelebihan satu pukulan ke hadapan pemain Australia, Cameron Smith.

Pemain berusia 24 tahun itu, mencatatkan mata tertinggi dengan pukulan birdie pada tiga lubang pertama, melakukan pukulan kedua sejauh 219 ela, 12 kaki dari pin untuk membuat pukulan eagle pada par-lima lubang ke-13.

“Saya melakukan birdie pada tiga lubang pertama dan itu membuatkan saya mendapat rentak yang baik,” kata Im.

“Lubang ke-13, saya melakukan pukulan yang bagus.

Im Sung-jae dilihat bersama pemandunya di Augusta Nasional, selepas melepaskan pukulan yang memberikannya kelebihan ke atas Cameron Smith.

“Pukulan kedua pula, saya melakukan pukulan hibrid dan memberikan keputusan seri, tetapi bola mendarat dengan baik dan ini memberi peluang kepada saya untuk melakukan pukulan eagle. Secara keseluruhannya, bola masuk pada empat lubang yang bagus.”

Im berkata bahawa dia teruja dengan permulaan permainan tersebut.

“Tetapi saya akan merendah diri,” katanya. “Saya sedar saya masih ada tiga hari lagi.”

Im sedar bahawa nasib boleh berubah semasa di padang golf Augusta Nasional.

Dia menikmati penampilan sulung yang tidak dapat dilupakan apabila Masters dianjurkan pada November 2020 disebabkan oleh pandemik COVID, menamatkan saingan di tempat kedua berkongsi kedudukan dengan Smith di belakang Dustin Johnson, yang memperoleh keputusan seri untuk pukulan ketiga, dua pukulan di hadapan pendahulu, kelmarin.

Tetapi Im terlepas kejuaraan Masters pada tahun lepas, apabila rakan sepasukannya di Piala Presiden Antarabangsa, Hideki Matsuyma menjadi juara Masters Jepun yang pertama. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

19 terbunuh, 28 cedera dalam kejadian letupan bom

ISLAMABAD, 30 SEPT – Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dan 28 lagi cedera dalam satu kejadian pengeboman nekad di sebuah pusat pendidikan di ibu negara Afghanistan,...
- Advertisment -