Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 19 APRIL – Dengan sambutan Aidilfitri yang bakal disambut dalam beberapa hari saja lagi, pihak pengurusan dan kakitangan imagine telah mengedarkan barangan eksklusif sempena sambutan Aidilfitri di lapan cawangan di seluruh negara.
Hadir bagi mengetuai aktiviti tersebut di cawangan Citis Square di Berakas ialah Ketua Pegawai Eksekutif imagine, Dayang Suzannawati Suharju. Pasukan pengurusan imagine juga turut mengedarkan paket raya bersama bakul mini rotan tradisional yang diisi dengan makanan ringan dan makanan yang diperoleh daripada peniaga tempatan.
Adapun inisiatif pelaksanaan aktiviti itu terus menandakan usaha penglibatan syarikat yang meraikan acara keagamaan yang penting bersama masyarakat.
Ia juga memberi peluang kepada pelanggan untuk berinteraksi dengan pemimpin syarikat untuk berkongsi sentimen, idea, serta pemikiran mereka tentang cara pasukan imagine boleh terus melibatkan mereka dan memenuhi keperluan mereka.
Sementara itu, barangan raya eksklusif akan terus tersedia sehingga stok barangan habis.
Di samping itu, promosi tersebut termasuk promosi ‘Pilih Ani atau Atu’ di mana pelanggan yang mendaftar atau bertukar ke imagine Dream Broadband atau Wish Mobile boleh memilih baucar bernilai sehingga $1,000 yang akan berlangsung hingga 31 Mei dan edisi Ramadan Boost & Win, hingga 22 April.



