Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    imagine lancar program kesetiaan pelanggan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 FEB – Pelanggan-pelanggan imagine kini boleh menikmati ganjaran dengan pelancaran program kesetiaan pelanggan, Get-It Powered by imagine.

    Ia bermatlamat untuk memberikan ganjaran berterusan kepada pelanggan-pelanggan setia serta sokongan berterusan mereka kepada imagine dalam hasratnya untuk menjadi syarikat telekomunikasi terbaik di Brunei.

    Pelancaran program dan aplikasi mudah alih Get-It itu telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif imagine, Dayang Suzannawati binti Haji Suharju dalam majlis pelancaran yang berlangsung di imagine, cawangan Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan), hari ini.

    Dalam ucapan alu-aluannya, Dayang Suzannawati berkata, sejak memasuki pasaran telekomunikasi pada 2020, imagine telah mendekati dan berinteraksi dengan pelanggannya secara aktif untuk memastikan bahawa mereka memberikan pengalaman telekomunikasi yang terbaik kepada orang ramai.

    Selain daripada pelan mudah alih dan jalur lebar yang kompetitif, perkhidmatan pelanggan serta produk berkualiti, jelas Dayang Suzannawati, imagine juga ingin memberikan yang terbaik bagi kediaman di Brunei sama ada untuk kegunaan semasa bekerja, di rumah atau ketika berada di luar.

    Pelancaran program berkenaan menandakan pelaksanaan fasa satu bagi program itu sebagai sebahagian daripada ulang tahun ke-3 imagine di mana syarikat berkenaan mengalu-alukan pelanggan Dream Broadband imagine untuk mula mendapatkan mata ganjaran dengan hanya membayar bil atau membuat pembelian boosters.

    Mata yang dikumpul itu, boleh ditebus melalui aplikasi kesetiaan untuk mendapatkan diskaun bil bagi pelanggan Unlimited dan data percuma bagi pelanggan pelan berasaskan data.

    Dalam temu bual ringkas bersama pihak media selepas pelancaran itu, Pengurus, Pengekalan dan Ganjaran, Bahagian Pemasaran, Awang Norshahrul Azim bin Haji Abdul Rahman menerangkan bahawa bagi menandakan pelancaran itu, imagine memperkenalkan siri kempen promosi termasuk Follow, Tag and Win di laman media sosial, Instagram.

    Dayang Suzannawati berkata imagine berusaha memberikan perkhidmatan telekomunikasi terbaik kepada orang ramai.

    Ketua Pegawai Eksekutif imagine bersama pihak pengurusan selepas melancarkan program kesetiaan pelanggan, Get-It Powered by imagine, kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...