Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    imagine lancar semula cawangan Citis Square

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 OGOS – Para pengunjung dan pelanggan imagine kini boleh mendapatkan pelbagai gajet, aksesori dan telefon bimbit yang ditawarkan di cawangannya di Citis Square yang dilancarkan semula hari ini dengan penampilan baharu.

    Pelancaran semula cawangan berkenaan disempurnakan bersama oleh Pengarah Bahagian Ekosistem Perniagaan dan Industri, Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Allen On selaku Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif imagine serta Pengurus Kanan Incomm Sdn Bhd, Haji Rozaini bin Haji Mohd Yusof.

    Turut hadir ialah pengurusan kanan imagine dan Incomm, rakan-rakan perniagaan imagine, pempengaruh media sosial dan kakitangan serta pengunjung-pengunjung Citis Square.

    Bagi meraikan pelancaran semula cawangan berkenaan, imagine menjalankan beberapa promosi secara serentak yang boleh dinikmati oleh para pengunjung pada hujung minggu ini.

    Dengan kolaborasi bersama Incomm, para pelanggan yang berkunjung ke cawangan Citis Square hujung minggu ini bermula hari ini, boleh membeli peranti dan gajet pada harga yang menarik termasuk iPhone 14 128GB apabila mereka mendaftar, menyambung kontrak atau bertukar kepada Wish 15, Wish 25 atau Wish 50 imagine iaitu pelan mudah alih pasca bayar 24 bulan.

    Selain daripada itu, imagine juga sedang mengadakan promosi Citis Square Reimagined One Day di mana 50 pelanggan pertama yang mendaftar atau bertukar kepada pelan mudah alih pasca bayar Wish 25 atau Wish 50 akan menerima telefon bimbit Samsung Galaxy A14 secara percuma.

    Allen On (kanan) dan Haji Rozaini (kiri) bersama-sama memotong reben bagi menyempurnakan pelancaran semula cawangan Citis Square, kelmarin. – Gambar oleh Sim Y. H.
    Allen On ketika diberikan penerangan mengenai promosi yang ditawarkan bagi meraikan pelancaran semula cawangan berkenaan. – Gambar oleh Sim Y. H.
    Gambar oleh Sim Y. H.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda