Oleh Sim Y.H. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 5 FEB – Dalam usaha meningkatkan akses dan menawarkan perkhidmatan khusus bagi pelanggannya, imagine Sdn Bhd membuka cawangan terbaharunya di Medan Tanjung Bunut Mall, hari ini.
Pembukaan cawangan terbaharu itu telah disempurnakan oleh Pengarah imagine Sdn Bhd, Awang Ahmad Fathi bin Dato Paduka Haji Junaidi.
Turut hadir semasa pembukaan berkenaan ialah Pengarah Bahagian Ekosistem Perniagaan dan Industri, Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Allen On selaku Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif imagine Sdn Bhd, jemputan khas, ahli-ahli pengurusan kanan imagine serta pelanggan-pelanggan.
Dalam ucapan pembukaannya, Awang Ahmad Fathi menyatakan imagine terus komited untuk menjadi penyedia telekomunikasi pilihan di Brunei dan menyediakan pelanggan dengan produk serta perkhidmatan yang akan meningkatkan pengalaman kesalinghubungan mereka.
Para pelanggan boleh menikmati promosi eksklusif peranti seperti komputer riba dan telefon bimbit. Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan dan produk imagine serta promosi dan kempen terkini, boleh mengikut laman media sosial imagine @_imagine di instagram atau @imaginebn di Facebook.