Wednesday, July 16, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    imagine rai ulang tahun ke-3 dengan sumbangan wakaf

    Oleh Salawati Haji Yahya

    TEMBURONG, 24 JAN – Sempena ulang tahunnya yang ketiga, imagine telah menyampaikan barangan wakaf dalam jelajah sumbangan kepada Masjid Kampung Selangan, dalam memberikan keselesaan dan kemudahan untuk jemaah masjid.

    Sumbangan disampaikan oleh Naib Presiden Jualan dan Pengalaman Pengguna imagine, Irshad Ahamed kepada imam masjid berkenaan, Awang Mahdini bin Kamis.

    Beberapa perayaan lain untuk menandakan ulang tahun imagine tahun ini termasuk jelajah sumbangan kepada masyarakat Cina yang mengalami cabaran dalam kewangan yang mana ia juga bertepatan dengan sambutan Tahun Baharu Cina 2023.

    Terdahulu itu, imagine telah menganjurkan Kempen Kebersihan Pantai Muara dalam usaha menggalakkan penglibatan kakitangan dan keluarga syarikat berkenaan.

    Irshad Ahamed bergambar ramai bersama ahli-ahli jawatankuasa masjid semasa menyampaikan sumbangan wakaf. – Gambar serahan imagine
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda