Oleh Nurdiyanah R. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JULAI – Lebih 200 pelanggan kediaman dan perusahaan imagine bersama para jemputan telah diajak menyaksikan tayangan filem peribadi, hari ini, yang menampilkan filem terkenal di seluruh dunia, Barbie dan Oppenheimer, dalam sambutan yang berlangsung di One Cineplex yang terletak di Ousat Membeli-Belah One City.
Kumpulan yang dipilih secara rawak itu turut disertai oleh 60 orang imagineers. Peluang istimewa berkenaan sebagai tanda penghargaan syarikat untuk para pelanggan dan kakitangan sambil memberi peluang untuk memupuk hubungan bersama antara kedua-dua belah pihak bagi terus memusatkan syarikat sebagai penyedia perkhidmatan telco kebangsaan terbaik sama ada untuk bekerja, di rumah atau dalam perjalanan.
imagine juga menawarkan lebih daripada $100 dalam bentuk ganjaran tunai apabila pelanggan merujuk rakan dan ahli keluarga mereka yang melanggan atau bertukar kepada pelan Dream Broadband hingga pertengahan Ogos 2023. Manakala pelanggan baharu yang melanggan atau bertukar kepada Dream Broadband juga layak menerima sehingga $600 dalam bentuk pulangan tunai sah sehingga pertengahan Julai 2023 berdasarkan terma dan syarat.
Maklumat lanjut dan kemas kini serta promosi dan aktiviti boleh didapati di laman web imagine atau melalui halaman media sosial syarikat.
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/07/P8-B_29062023.jpg)