Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Imam cedera ditembak lelaki bersenjata

    BREST, PERANCIS, 28 JUN – Seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di luar sebuah masjid di barat laut Perancis semalam, mencederakan imam tempatan dan seorang mangsa lain, sebelum melarikan diri dari tempat kejadian dan ditemui mati selepas itu, kata pegawai.

    Masih tidak jelas apa yang mendorong kejadian di bandar pelabuhan Brest di Brittany, tetapi Menteri Dalam Negeri Christophe Castaner berkata beliau telah mengarahkan langkah keselamatan dipertingkatkan di sekitar tempat beribadat di seluruh Perancis.

    Imam Rachid El Jay terkena empat peluru sementara seorang jemaah yang bersamanya mengalami kecederaan daripada dua peluru, namun kedua-dua mereka dipercayai tidak mengalami kecederaan serius, kata Majlis Agama Islam Perancis (CFCM) dan sumber kehakiman.

    “El Jay mengalami luka tembakan di abdomen dan dua di kaki. Jemaah itu terkena dua peluru di kaki,” kata CFCM.

    Penolong datuk bandar Brest Trabelsi Hosny berkata imam itu sedang berjalan keluar dengan seorang kawan apabila ‘seorang individu memperkenalkan dirinya untuk meminta bergambar bersama imam, yang dipersetujui oleh imam.’ – AFP

    Pegawai polis menjalankan siasatan di tempat kejadian tembakan berlaku kelmarin, di mana dua orang termasuk seorang imam cedera di masjid Sunna di kawasan Pontanezen, Brest. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda