Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Iman troye tawar ganjaran kepada pelajar cemerlang

    Penyanyi Iman Troye nampaknya ingin memberi ganjaran kepada pelajar cemerlang yang baru sahaja menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

    Menerusi IG Stories, pemilik lagu Nang ini menawarkan RM300 kepada 10 pelajar yang mendapat peningkatan keputusan dari G ke A dalam peperiksaan SPM.

    Iman yang juga duta pusat ilmiah, PTTI, berkata mana-mana ibu bapa atau pelajar berkenaan sendiri boleh menuntut ganjaran itu dengan menghantar mesej peribadi ke akaun Instagram (IG) rasmi PTTI beserta bukti slip keputusan SPM.

    Kata penyanyi lagu Nang itu lagi, konsepnya siapa cepat, dia layak menerima imbuhan terbabit.

    “Saya tahu nilai RM300 itu tidak besar mana, tapi saya yakin setiap usaha itu pasti beroleh kebaikan dan ganjaran.

    Iman Troye nampaknya ingin memberi ganjaran kepada pelajar cemerlang yang baru sahaja menerima keputusan SPM. – Agensi

    “Bukan mudah belajar dan menempuhi peperiksaan di era pandemik COVID dulu. Tapi yang berjaya dapat keputusan cemerlang ini, mereka membuktikan kesungguhan itu tanpa prejudis.

    “Jadi, lekas ke IG PTTI dan DM pihak mereka untuk menuntut ganjaran itu. Ingat, hanya 10 terawal yang saya dan PTTI cari,” katanya.

    Dalam masa yang sama, Iman mengambil kesempatan untuk mengucapkan syabas kepada pelajar SPM 2021 yang berjaya membanggakan diri anda dan keluarga. Katanya lagi, yang tidak berjaya pula jangan cepat putus asa kerana ia bukan penamat segala-galanya.

    Seperti yang dilaporkan oleh FMT, seramai 9,696 atau 2.54 peratus daripada 407,097 calon yang menduduki peperiksaan SPM 2021 memperoleh keputusan semua A.

    Untuk rekod, seramai lebih 5,247 pelajar PTTI mendapat keputusan SPM 2021 hari ini. Rata-ratanya mendapat peningkatan keputusan mendadak. Difahamkan Iman pernah mendapat keputusan cemerlang pada peperiksaan SPM 2019 serta mendapat sijil dekan di universiti. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...