Pelakon Iman Zulkarnain meluahkan rasa syukur apabila berpeluang menghadiri sebuah majlis agama sekali )gus dianggap kembali mendekati jalan dakwah.
Kata Iman atau Nuriman Zulkarnain, 32, terlibat dalam program agama sedemikian merupakan cara untuk merawat hati selepas lebih 18 tahun meninggalkannya.
“Akhirnya, setelah 18 tahun meninggalkan kerja dakwah, sekali lagi Allah menjemput saya untuk sama-sama menikmati kurniaan yang terlalu istimewa ini.
“Allah takdirkan pula berjumpa dengan hamba-Nya yang mulia serta soleh untuk menyantuni saya. Merawat hati dan jiwa dengan santunan terpuji,” katanya.
Iman menulis perkara tersebut di laman Instagram miliknya semalam.
Dia dilihat menghadiri majlis ilmu berkenaan yang diadakan di Pulau Perhentian, Terengganu, baru-baru ini.
Tambahnya dia sudah lama memasang impian untuk sama-sama terlibat dalam program agama seperti itu namun merasakan diri tidak layak menyertainya. – Agensi