Tuesday, May 6, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Imarahkan masjid dengan khatam Al-Quran

    Oleh Sim Y. H.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mei – Sempena bulan Ramadan Al-Mubarak ini, Kementerian Pendidikan dan jabatan-jabatan di bawahnya turut tidak ketinggalan mengadakan Majlis Khatam Al-Quran, Tahlil dan Doa Arwah yang berlangsung di Masjid Universiti Brunei Darussalam (UBD), Kampung Rimba, hari ini.

    Majlis itu merupakan majlis penutup tadarus Kementerian Pendidikan yang mana bagi setiap jabatan, bahagian dan unit di bawah Kementerian Pendidikan diamanahkan untuk menghabiskan bacaan satu juzuk Al-Quran.

    Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang diketuai oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Dato Paduka Haji Hamzah bin Sulaiman.

    Turut hadir di majlis berkenaan ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Datin Paduka Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh, Pemangku Setiausaha Tetap di Kementerian Pendidikan, Dr Haji Azman bin Ahmad, Naib Canselor UBD, Datin Dr Hajah Anita Binurul Zahrina binti Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Aziz, Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Naib Canselor Universiti Teknologi Brunei (UTB), Profesor Dr Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman, Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Dayang Nadia Lee Siew Hoon binti Abdullah, Pemangku Ketua Pengarah Pendidikan, Hajah Anis Faudzulani binti Haji Dzulkiflee, pegawai-pegawai kanan, pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan.

    Yang Berhormat Dato Paduka Haji Hamzah ketika menghadiri Majlis Khatam Al-Quran, Tahlil dan Doa Arwah yang berlangsung di Masjid Universiti Brunei Darussalam, Kampung Rimba, hari ini.

    Bagi memeriahkan lagi majlis berkenaan, seramai 211 orang pelajar lelaki dan perempuan bersama guru pengawas daripada Sekolah Menengah Rimba, Sekolah Menengah Rimba II dan Sekolah Menengah Menglait dijemput hadir sama bagi sama-sama mengambil tabaruk majlis.

    Majlis didahulukan dengan menunaikan Sembahyang Fardu Zuhur berjemaah yang diimamkan oleh Imam Masjid UBD, Haji Jufri bin Haji Hidup.

    Majlis yang berkebajikan sempena bulan Ramadan itu merupakan aktiviti tahunan Kementerian Pendidikan dan pada 2018, majlis dikendalikan oleh Jabatan Perkembangan Kurikulum, Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Bahagian Biasiswa.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda