Wednesday, March 19, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Imbangan dagangan lebih $3 bilion pada 2016

    Oleh Salawati Haji Yahya

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Feb – Negara Brunei Darussalam mencatatkan imbangan perdagangan sebanyak $3,046.7 juta bagi bulan Januari hingga Disember 2016, dengan jumlah eksport bernilai $6,735.6 juta dan import bernilai $3,688.9 juta.

    Jabatan Perancangan Kemajuan Ekonomi (JPKE) dalam kenyataannya hari ini berkata, imbangan perdagangan bagi bulan Disember 2016 mencatat sebanyak $203.3 juta di mana daripada jumlah tersebut, $512.9 juta adalah daripada jumlah eksport dan $309.6 juta adalah nilai jumlah import.

    Eksport bahan api galian mencatatkan sumbangan tertinggi sebanyak 87.4 peratus, terdiri daripada minyak mentah yang mencacat sebanyak $247.9 juta dan gas cecair asli (LNG) sebanyak $200.3 juta.

    Pasaran eksport terbesar adalah negara Jepun dengan 30.6 peratus daripada jumlah eksport diikuti oleh Malaysia 11.3 peratus, China (11.1 peratus) dan Republik Korea (9.7 peratus).

    Menurut JPKE, bulan Disember 2016 menunjukkan peningkatan import barangan sebanyak 6.9 peratus iaitu daripada $289.6 juta pada November 2016 kepada $309.6 juta.

    Manakala, sumbangan import tertinggi mengikut komoditi adalah terdiri daripada jentera dan kelengkapan pengangkutan sebanyak 32.3 peratus, barang-barang keluaran kilang (16.7peratus), makanan (16.4 peratus), bahan-bahan api galian (12.3 peratus) dan pelbagai barang keluaran kilang (10.8 peratus).

    Sementara import bagi barang perantaraan mencatatkan sebanyak 61.6 peratus; diikuti oleh import barang modal dan barang penggunaan masing-masing dengan 29 peratus dan 9.5 peratus.

    Import terbesar adalah dari negara Singapura iaitu sebanyak 21.2 peratus; diikuti oleh Malaysia (20.9 peratus), China (14.5 peratus) dan Amerika Syarikat (12.6 peratus).

    Perangkaan Perdagangan Barangan Antarabangsa bagi Negara Brunei Darussalam (IMTS) menggunakan “General System” bagi merekodkan perangkaan perdagangan yang meliputi import, eksport domestik daneksport semula.

    Laporan penuh IMTS bagi Disember 2016 boleh didapati melalui laman web JPKE di www.depd.gov.bn

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda