Penyanyi Nick Jonas melalui Instagram menitipkan kata-kata manis buat isterinya, Priyanka Chopra sempena ulang tahun pertama perkenalan mereka.
Nick, 27, berkata dia tidak menyangka kunjungannya ke Hollywood Bowl untuk menonton persembahan Beauty and The Beast tahun lalu akhirnya mengubah kehidupannya.
“Setahun yang lalu saya pergi menonton persembahan Beauty and The Beast di Hollywood Bowl dengan teman-teman dan salah seorang daripada mereka ialah wanita yang akhirnya menjadi rakan baik dan akhirnya isteri saya.
“Saya sangat bersyukur dengan perjalan hidup kami setakat ini. Anda (Priyanka Chopra) membuat saya tersenyum setiap hari. Saya amat berbangga menjadi suamimu,” tulis Nick. – Agensi
