Wednesday, January 15, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Imbas kod QR sumbang terus ke dalam dana COVID-19

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 MAC – Dalam semangat perpaduan dan menunjukkan sokongan kepada usaha Kementerian Kesihatan untuk mencegah penularan COVID-19 di negara ini, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) memaklumkan bahawa sumbangan kepada COVID-19 Relief Fund kini boleh dibuat menggunakan kod QR menerusi BIBD QuickPay.

    BIBD dalam kenyataannya menjelaskan, pelanggan hanya perlu mengimbas kod QR menerusi BIBD NEXGEN Wallet. Sebarang sumbangan akan disalurkan secara langsung ke dalam COVID-19 Relief Fund tanpa perlu memasukkan nombor akaun secara manual.

    Pelanggan ProgresifPay juga akan dapat menggunakan kod QR berkenaan untuk menghulurkan sumbangan secara langsung daripada aplikasi ProgresifPay.

    Bagi menggalakkan pemberigaan dan sokongan berterusan kepada dana berkenaan, BIBD menyeru organisasi-organisasi awam dan swasta untuk mencetak dan memaparkan kod QR berkenaan di premis-premis mereka.

    Kod QR berkenaan akan boleh dibuat turun melalui akaun media sosial BIBD, @BIBDBrunei.

    Dana bantuan itu telah diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah pada sidang media 21 Mac lalu untuk membolehkan orang ramai membuat sumbangan bagi membantu menangani penularan COVID-19. Kementerian Kewangan dan Ekonomi menerusi Jabatan Perbendaharaan akan mengawal dan mengeluarkan dana berkenaan dengan kelulusan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua serta Yang Berhormat Menteri Kesihatan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda